Bagaimana Untuk Menambah GIF Di Dalam Dokumen Dan Slaid Google?

402

Anda boleh menggambarkan banyak benda menggunakan animasi GIF di dalam dokumen Google anda, samada ingin menerangkan konsep atau untuk menjadikan salid pembentangan lebih menyerlah.

Malangnya, GIF tidak akan bermain dengan sendiri jika anda hanya drag-and-drop atau masukkan secara terus ke dalam dokumen Google! Ikut langkah di bawah untuk menganimasikan GIF :

BAGAIMANA UNTUK MENAMBAH GIF DI DALAM DOKUMEN DAN SLAID GOOGLE?

Anda boleh guna Google’s Image untuk mencari GIF dari satu dunia. Malangnya, anda tidak boleh menggunakan Carian Imej dalam Google Docs untuk mencari GIF animasi, jadi klik ke enjin Carian Google dengan pelayar anda.

1) Taip kata kunci di dalam enjin carian gambar.
2) Pergi ke Tools>Type>Animated untuk menapis animasi GIF dari semua jenis gambar.


3) Pilih gambar yang anda mahu dan klik untuk melihat resolusi sebenar. Dapatkan alamat gambar dan right-click pada gambar kemudian pilih Copy Image Address


4) Buka dokumen anda. Tempatkan kursor anda di lokasi yang betul. Pergi ke Insert>Image>By URL


5) Paste alamat emel yang sudah salin sebentar tadi. Klik Insert di dalam kotak gambar yang dipaparkan. Animasi GIF ditambah ke dalam dokumen anda mengikut lokasi kursor yang anda pilih.

Anda juga boleh membuat GIF sendiri dan memasukkan ke dalam dokumen Google dan Slaid.

Sumber : Makeuseof

Read More  6 Tips Optimumkan Playlist YouTube

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...