Bagaimana Untuk Menghentikan Microsoft Word Menggariskan Perkataan Yang betul?

570

Apabila anda sedang menyiapkan dokumen di Microsoft Word, kesilapan menaip itu perkara biasa. Dan anda akan lihat, perisian ini akan menggariskan tulisan dengan garisan merah untuk memberitahu anda ejaan perkataan yang salah.

Ada masanya, anda tidak melakukan kesilapaan ejaan tetapi aplikasi ini masih menggariskan perkataan itu. Mujurlah, ia mudah untuk dibetulkan. Mari kita lihat bagaimana untuk melakukannya.

1. Buka Microsoft Word.
2. Klik pada File dalam reben.
3. Pilih Options dari panel sebelah kiri.
4. Klik pada Proofing di bar sisi.
5. Skrol ke bahagian yang bertajuk When correcting spelling and grammar in Word.
6. Klik pada Settings.
7. Skrol bawah ke Bahasa Formal.
8. Tandakan kotak di sebelah Contractions.
9. Klik OK.

Bagaimana Ingin Menambah Perkataan Anda Sendiri dengan Microsoft Word

Ada beberapa cara untuk menambah perkataan ke kamus aplikasi tersebut. Taip perkataan di Word, right-click dan pilih Add to Dictionary dari konteks menu.

Anda juga boleh klik butang Add to Dictionary apabila ingin menyemak seluruh dokumen.

Akhir sekali, anda juga boleh tambah secara manual. Pergi ke File > Options > Proofing > Custom Dictionaries. Highlight Custom.dic dan klik Edit Word List. Taip perkataan yang anda mahu di dalam kotak di atas sekali dan kemudiannya klik Add.

Kredit : MakeUseOf

Read More  Any.do Bakal Menjadi Teman Membeli Barang Dapur Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...