5 Aplikasi Yang Berbahaya Yang Tidak Boleh Digunakan Oleh Anak-Anak Anda

2,923

Zaman teknologi yang serba canggih ini, kanak-kanak pun sudah memiliki telefon pintar. Tanya diri anda, adakah selamat untuk kanak-kanak memiliki telefon?

dan adakah selamat mereka didedahkan dengan pelbagai cara penggunaan telefon tersebut dan aplikasi yang terdapat di dalam Google Play/appstore? Atau anda sendiri tidak tahu aplikasi apa yang dimuat turun oleh mereka?

1. Roblox

Ia mungkin kelihatan sebagai klon Minecraft yang tiada ada apa-apa masalah, tetapi Roblox adalah tempat yang tidak menyenangkan jika anda masih kanak-kanak. Membina benda daripada blok memanglah satu perkara yang menyeronokkan, berinteraksi dengan beberapa pemain-pemain lain itu masalahnya.

Betul, tidak semua pemain Roblox adalah penjahat atau seorang pedophile. Tetapi ibu bapa perlu menyedari apa yang berlaku dalam permainan itu. Nasib baik, Roblox telah memperkenalkan beberapa ciri keselamatan pada 2017 iaitu kawalan ibu bapa untuk disable fungsi chat di dalam permainan itu dan tetapan umur yang sesuai.

Jika Roblox nampak tidak sesuai untuk anak-anak anda, kenapa tidak cuba Minecraft? Mewujudkan pelayan Minecraft tempatan anda sendiri dan menjemput seluruh keluarga untuk bermain adalah mudah, menggunakan standard PC, atau juga Raspberry Pi.

2. Snapchat

Anda sendiri mengetahui bagaimana aplikasi ini berfungsi. Aplikasi chat yang membolehkan pengguna menghantar mesej (termasuk foto). Snapchat juga penuh dengan mesej teks yang berbaur seksual dan paling mengejutkan mesej ialah dari kalangan remaja. Menghantar gambar secara eksplisit (atau hanya telanjang) adalah haram di seluruh dunia kerana mereka ingin memerangi pornografi kana-kanak.

Oleh itu, Snapchat menimbulkan risiko tertentu bukan sahaja kepada kesihatan seksual anak anda malah kebebasan mereka juga.

3. Dating Apps: Think About It!

Online dating adalah satu industri yang sangat besar. Remaja dan dewasa dilatih oleh kebudayaan sendiri untuk menarik perhatian rakan sebaya mereka. Beberapa aplikasi dating boleh diakses oleh kanak-kanak semua 13 tahun. Berterima kasih kepada Facebook di atas integrasi tersebut, kerana Facebook mempunyai banyak data pengguna.

Read More  Muat Turun Dua Akaun Whatsapp Dalam Satu Telefon Pintar Android

Jika anda mempunyai anak yang masih remaja, beri perhatian lebih kepada mereka dan awasi telefon mereka samada aplikasi dating wujud dalam telefon.

4. Tumblr

internet mempunyai banyak tempat-tempat bahaya. Antaranya Usenet atau the Dark Web.

Tumblr adalah platform media sosial berasaskan blogging. Malangnya, terdapat risiko seperi kecurian identiti dan sebagainya.

Dan secara faktanya, apa jua post yang di masukkan oleh ank anda,( tumblr lebih menggalakan pengeposan imej ) akan disiarkan kepada seluruh dunia dan khusunya pihak Tumblr sendiri melihatnya. Tidak dapat disangkal, penggunaan Tumblr dapat membantu perkembangan minat dan hobi. Walaubagaimanapun, laman web yang lain dan lebih selamat terdapat fungsi untuk mengembangkan minat dan hobi.

Memantau penggunaan Tumblr anak-anak sangat disyorkan. Mencadangkan mereka melihat laman web lain untuk mengembangkan minat mereka adalah idea yang lebih baik.

5. Ask.fm

Laman popular yang menyiarkan soalan dan jawapan yang popular untuk kanak-kanak 11 tahun hingga 14 tahun supaya mereka dapat didedahkan dengan pengetahuan dunia yang lebih banyak.

Pada ketika ini, anda pasti tertanya-tanya: Mengapa kanak-kanak dan remaja menyalahgunakan peluang untuk belajar lebih banyak daripada generasi terdahulu? Mengapa menyalahgunakan sumber yang berpotensi besar ini dengan tingkah laku yang tercela?

Sudah tentu, puncanya sangat minoriti. Tetapi melindungi anak anda bermaksud menghindari mereka dari mengakses laman web, dan menyekat aplikasi. Tonton pandangan mereka di Ask.fm untuk mengetahui lebih lanjut.

Apa pendapat anda dengan semua aplikasi ini? Bagaimana anda ingin menangani isu sebegini? Kongsikan dengan kami pendapat anda!

Sumber : Makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...