Robot Dipecat Dari Sebuah Kedai Runcit Di Scotland Kerana Prestasi Buruknya!

344

Robot yang bernama Fabio dipecat dari pasaraya Margiotta dari Scotland selepas gagal membantu pelanggan dengan betul dan mencetus kekeliruan.

Robot itu tidak dapat membantu pelanggan mencari produk yang dicari, dan banyak pelanggan lari kerana servis tersebut. Insiden ini menjadi bukti bahawa industri atau budaya tertentu belum bersedia untuk menggunakan kecerdasan buatan(Artificial Intelligence) atau perkhidmatan pelangan berasaskan robotik.

Fabio, robot yang dinamakan oleh tim kedai itu, adalah robot versi khusus dari SoftBank Pepper, yang diprogramkan oleh Heriot-Watt University untuk SKU produk tertentu di kedai, lapor The Telegraph. Ia juga bijak membuat jenaka dan menyambut pelanggan dengan mesra (misalnya ” Hello, si cantik).

Elena Margiotta yang merupakan pemilik kepada kedai runcit itu berkata bahawa beliau sangka robot tersebut boleh menjadi aset tambahan mereka untuk menyambut pelanggan supaya dapat melakukan sesuatu yang baru dan menarik kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, salah satu faktor yang menyebabkan Fabio gagal memahami soalan dari pelanggan ialah kerana bunyi persekitaran yang bising. Kemungkinan jika robot itu dapat mendengar dengan jelas, ia pasti boleh menjawab persoalan pelanggan dengan tepat.

Namun, masalah yang dilakukan oleh Fabio ialah disebabkan faktor kebudayaan. Hal ini kerana, robot Pepper yang sama digunakan di Jepun dan beberapa kedai mesra teknologi di California mendapat testimoni positif dari klien syarikat robot ini. Oleh itu, industri runcit di Scotland mungkin agak tradisional sehingga menyebabkan robot ini belum sesuai untuk digunakan di kedai runcit.

Sumber : Tech Republic

Read More  Earbuds Tanpa Wayar Xiaomi Lebih Murah Daripada Airpod Apple

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...