Jangan Buang Semua Gajet Anda Yang Rosak– Lelaki Ini Akan Mengajar Anda Untuk Membaikinya Dengan PERCUMA!

135

Siapakah lelaki tersebut? Lelaki tersebut ialah Johnson Lam, seseorang yang akan mendorong anda untuk memperbaiki dan DIY ( Do it yourself)  barang terpakai. Beliau membangunkan sendiri laman web KakiRepair yang merupakan kesinambungan dari laman web KakiDIY. Pada asalnya, laman web KakiDIY ialah sebuah laman web yang memaparkan pelbagai entri DIY dan idea untuk memperbaiki barang terpakai.

KakiRepair ini dijalankan secara 100% secara offline dengan merantau ke satu Malaysia untuk mendorong rakyat Malaysia memperbaiki sendiri barang yang rosak daripada membeli yang baru. Aktiviti komuniti ini bergerak dengan sebuah van yang diberi nama  MakerVan, van yang mempunyai kesemua kemudahan dan alat yang diperlukan untuk memperbaiki barang.

Sebenarnya Ia Bermula Dari Sebuah Forum

Pada mulanya, Johnson Lam merupakan penyumbang aktif kepada forum DIY.  Disebabkan perubahan internet yang makin pesat dan semakin kurang pengikut aktif forum, beliau mula membangunkan blog KakiDIY dan membuat artikel serta menyiarkan artikel tersebut di laman Facebook KakiDIY sendiri.

Untuk pengetahuan anda, sukarelawan untuk projek KakiRepair semuanya datang dari forum KakiDIY.

Apa Yang Saya Boleh Baiki di Sesi KakiRepair?

Hampir semua benda anda boleh baiki ketika sesi KakiRepair. Menurut Johnson, kelas yang paling popular ialah kelas edisi elektronik kerana mereka mendapat permintaan tinggi dari orang ramai untuk memperbaiki lebihan barang elektronik. Apa yang menariknya, anda bukan sahaja boleh membaiki sendiri malah mereka akan mengajar anda cara membaikinya!

Dan itulah tujuan utama Johnson mewujudkan kelas KakiRepair. Beliau bermatlamat supaya rakyat Malaysia mendapat ilmu baru dan dapat membaiki barang yang rosak dengan sendiri!

Untuk menyertainya, anda perlu mengisi borang Eventbrite dan ketika hari kelas itu berlangsung, anda boleh membawa apa sahaja barang ke lokasi.  Pengguna digalakkan membawa segala-galanya seperti besi yang tidak berfungsi, mainan yang patah, telefon pintar yang rosak, pakaian yang perlu diubah saiz, dan juga penemuan peninggalan antik yang mungkin memerlukan sedikit sentuhan.

Read More  Cara Untuk Membuka Balik Orang yang Block Di Facebook!

Johnson berbangga pergerakan itu dijalankan oleh komuniti, malah, “Kami masih menerima sumbangan untuk meneruskan pergerakan ini. Walaubagaimanapun, saya rasa rakyat Malaysia mungkin tidak begitu biasa dengan sumbangan. ”

Mereka telah memperbaiki hampir RM10, 000 nilai barang tetapi hanya menerima sumbangan RM50 sahaja untuk meneruskan kegiatan murni ini.

Oleh itu, jika anda berminat untuk menyumbang kepada komuniti ini, anda boleh layari laman web mereka, KakiDIY atau KakiRepair. Anda juga boleh terus pergi ke laman Facebook mereka menggunakan pautan INI.

Kredit : VulcanPost

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...