Bagaimana Untuk Menutup “Last Online” di Instagram

83

Rangkaian sosial seringkali datang dengan cara baru untuk mengganggu privasi anda, dan pada tahun 2018, Instagram datang dengan tetapan baru yang menjengkelkan. Aplikasi ini dikemaskini dengan ciri baharunya yang membenarkan akaun yang anda ikuti serta sesiapa yang mesej anda untuk melihat waktu terakhir anda aktif di aplikasi itu.

Ia adalah satu lagi cara untuk memberitahu orang lain apa yang anda lakukan setiap saat, dan anda mungkin mahu menggunakan Instagram tanpa membiarkan orang lain melihat anda sedang dalam talian. Dan disebabkan Instagram membolehkan ciri ini, ramai para pengguna menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan ciri tersebut .

Bagaimana Ingin Menutup “Last Online” di Instagram

1. Buka aplikasi Instagram di iPhone atau peranti Android.
2. Ubah profil anda dengan memilih ikon orang di bahagian bawah kanan paparan.
3. Di iOS, tekan ikon gear tetapan disebelah butang edit profil. Pengguna Android boleh memilih butang menu tiga titik di bahagian atas kanan skrin.
4. Skrol ke bawah menu tetapan, dan anda akan melihat pilihan Show Activity Status yang baharu. Slaid ke kiri untuk menutupnya.


Apabila anda sudah menutupnya, anda tidak lagi dapat melihat status aktiviti orang lain juga. Jika anda membiarkan ia terbuka, anda akan dapat melihat bila kali terakhir mereka aktif melalui Direct Message. Kini, anda boleh menggunakan Instagram tanpa kerisauan!

Adakah anda lebih suka membiarkan orang lain megetahui status online anda? Beritahu kami di komen jika anda sudah menutup ciri baru Instagram ini!

Kredit : makeuseof

Read More  Bagaimana Hendak Hentikan Instagram Daripada Menghantar Notifikasi Secara Berterusan?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...