Buat Avatar Yang Hebat Sebagai Gambar Profil Anda Dengan Menggunakan 5 Laman Web Paling Kreatif Ini!

129

Jika anda tidak suka untuk meletakkan gambar sendiri sebagai gambar profil atas tujuan privasi, anda boleh gunakan avatar untuk menggantikan gambar anda! Samada anda menggunakan avatar untuk perisian Steam atau forum yang lain, anda boleh cuba cipta avatar yang menarik dari 5 laman web ini!

Bagi yang tidak tahu, avatar ini sama sahaja seperti gambar profil.  Tetapi daripada anda menggunakan gambar sendiri, anda boleh membuat satu gambar orang yang kecil untuk melambangkan diri anda. Ada beberapa jenis avatar yang anda boleh cuba, dari kartun hingga ke sepanduk(banner).

Anda tidak perlu menjadi seorang pelukis untuk mereka satu avatar. Internet telah menyediakan laman web percuma untuk anda membuat avatar yang cool untuk disuaikan, muat turun dan digunakan.

1. Avataaars Generator : Cepat, Mudah dan Moden

Rekabentuk Web dan standard berubah dari semasa ke semasa. Sejak emoji sudah direka dengan pelbagai rupa, laman ini membantu anda membuat satu avatar seakan-akan ekspresi emoji.

Pilih rambut atau topi, aksesori, pakaian, mata, kening, mulut, dan warna kulit. Buat avatar yang kelihatan seperti anda atau yang anda mahu tunjukkan kepada orang lain di dalam talian. Setelah selesai, muat turun ke komputer anda.

Avaaatars Generator sememangnya percuma tetapi malangnya ia tidak mempunyai gambar resolusi tinggi. Gambar yang anda telah muat turun akan kurang daripada 300×300 pixel dan cukup untuk semua avatar.

2. Face.co : Suaikan Semuanya Di dalam Profil Avatar

Avaaatars Generator cantik dan mudah, tetapi anda tidak boleh suaikan dengan banyak. Face.co memberi anda banyak pilihan dalam setiap aspek untuk membina sebuah profil avatar dalam talian.

Anda boleh memilih bentuk muka, mulut, hidung, kening, telinga, mata, dan rambut anda. Variasi warna tersedia untuk iris, rambut, dan kulit. Dan anda juga boleh menukar pakaian anda, serta menambah imej latar belakang yang lebih hebat!

Read More  Apple Melancarkan Instagram Official Mereka!

Anda akan mendapati banyak jenis laman web sebegini di dalam talian, seperti Avatar Maker. Satu-satunya sebab kami memilih Face.co ialah sambungan yang selamat melalui HTTPS.

3. 8BitIcon : Avatar Retro dengan Seni 8-Bit Pixel

Seni Retro 8-bit pixel telah kembali kepada nostalgia. Memori nostalgia permainan lama dan animasi ialah cara yang hebat untuk menunjukkan citarasa anda. Jika anda boleh membuat aksesori 8-bit, sudah semestinya anda juga boleh buat satu avatar.

8-bitIcon banyak persamaan dengan Face.co, cuma yang membezakan kedua-duanya ialah seni pixel. Pilih latar belakang, muka, pakaian, mulut, rambut dan mata. Dan juga jantina anda juga. Setelah siap, muat turun gambar ke dalam komputer anda atau terus tetapkan avatar anda di Facebook atau VK.com.

Tidak ada banyak pilihan di 8BitIcon, tetapi bagi kami ia sudah memadai. Jika anda rasa ia belum memuaskan hati, cuba lihat Eightbit.me untuk avatar di Twitter.

4. Powerpuff Diri Anda : Jadi Powerpuff Perempuan Atau Lelaki.

Cartoon Network telah mencipta satu cara untuk membuat avatar dari kartunnya yang paling popular : The powerpuff Girls. Tunggu apa lagi, “Powerpuff Diri Anda!”

Pertama, pilih warna kulit, mata, mulut, rambut, janggut (pilihan) di bahagian “Self”. Kemudian pergi ke ” Gear ” untuk memilih pakaian, gelas, objek di tangan anda, dan teman seperti anjing atau objek seperti bola sepak. Sebaik sahaja selesai, Powerpuff Youself akan cuba membuat latar belakang yang cool untuk avatar.

Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk menentukan personaliti anda. Jawab kuiz ringkas dan aplikasi tersebut akan membuat latar belakang. Anda boleh memuat turun atau berkongsi sebagai latar belakang yang statik, latar belakang animasi atau yang kosong. Hebat, kan?

Read More  Memuat Naik Video Di Reddit

 

5. South Park Avatar : Oh My God, You Made Kenny!

Tahukah anda South Park adalah salah satu video viral yang pertama? Tidak heranlah siri dan penciptanya meneroka internet. Semua episod boleh didapati dengan percuma di dalam talian, dan mereka juga telah menjadi pencipta avatar.

Anda bermula dengan figura kosong yang berseluar dalam. Hampir semuanya boleh disuaikan dengan figura ini. Disebabkan aplikasi ini dicipta dari pencipta avatarnya yang sebenar, anda akan mendapat banyak animasi South Park yang sebenar.

Anda boleh memuat turun avatar sebagai gambar resolusi tinggi dan menggunakannya dimana saja anda mahu. Anda boleh buat dengan banyak dan simpan semuanya untuk kesemua akaun anda. 

Yang Mana Satu Gaya Avatar Yang Anda Suka?

Banyak lagi laman web yang membuat avatar yang hebat seperti Build Your Wild Self dimana anda boleh mencipta avatar dengan bahagian badan haiwan liar.

Jenis avatar mana yang anda gunakan? Adakah anda membuat rupanya seperti anda atau anda cuma menggunakannya sebagai cara untuk roleplay?

Kredit : makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...