Bagaimana Untuk Memadam Kesemua Tweets Anda Di Twitter

376

Anda pasti sudah beberapa kali mendengar kisah menakutkan. Seorang wanita kehilangan pekerjaan kerana entri post yang dibuatnya semasa pesta di kolejnya sedekad yang lalu. Lelaki yang dipecat kerana dia telah “tweet” sesuatu yang disalahtafsir secara tidak sengaja.

Realitinya, media sosial menjadi cerminan diri kita. Kemungkinan majikan boleh mencari data kita dari media sosial manakala seorang pengawal sempadan boleh melihat identiti anda dalam talian sebagai sebahagian daripada pemeriksaan visa.

Jika anda pernah berasa menyesal dengan beberapa “tweet” yang anda buat, jangan risau kerana kami ingin kongsikan¬† cara mudah untuk memadam kesemua “tweet” tersebut tanpa perlu memadam akaun anda.

Bagaimana Untuk Memadam Kesemua Tweet?

Sebenarnya, Twitter tidak menyediakan fungsi memadam kesemua “tweet” anda. Lebih-lebih lagi, membuang kandungan dari rangkaian adalah suatu benda yang tidak digemari oleh syarikat ini kerana mereka memerlukan informasi anda untuk tujuan target pengiklanan.

Oleh sebab itulah, kita perlu menggunakan peralatan dari pihak ketiga. Terdapat banyak sebenarnya aplikasi tetapi kami lebih gemar menggunakan TweetDelete. Aplikasi ini boleh memadam sehingga 3,200 “tweets” dalam satu masa dan automatik memadam “tweet” yang sudah berminggu yang lama atau berbulan yang lama.

 

Ikut langkah dibawah untuk menggunakan TweetDelete:

1. Pergi ke halaman utaman TweetDelete.

2. Klik “Sign In With Twitter” dan sahkan aplikasi itu di akaun anda.

3. Tandakan kotak di sebelah “Delete all my existing tweets before activating this schedule“.

4. Jangan tanda kotak disebelah ” Post to my feed to let my friends know I activated TweetDelete”¬†dan “Follow @Tweet_Delete for future updates

5. Klik “Activate TweetDelete

Read More  Nombor Kenalan di Telefon Bimbit Anda Tidak Akan hilang Selepas Ini

6. Apabila proses sudah selesai, buka akaun twitter anda dan pergi ke Settings and Privacy>Apps dan batalkan akses TweetDelete.

Pernahkah anda menggunakan TweetDelete atau anda pernah menggunakan aplikasi lain yang lebih bagus? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Kredit : Makeuseof

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...