Buang Akaun Instagram Dari Facebook Anda Dalam Masa 1 Minit!

1,499

Menghubungkan akaun Instagram dan Facebook mempunyai banyak kelebihan. Anda boleh memuat naik gambar Instagram ke dalam Facebook dengan mudah. Ia juga memudahkan rakan Facebook anda mencari Instagram anda dan anda juga mudah mencari Instagram mereka.

Jika anda lebih suka mengasingkan dua akaun media sosial itu, anda patut mencuba langkah mudah di bawah :

Sememangnya anda perlu membuka akaun Instagram dahulu dari telefon pintar anda.

  1. Pergi ke options dan di bawah tetapan, tekan Linked Accounts > Facebook.
  2. tekan  Unlink Account.
  3. Untuk pengguna ios, prompt akan muncul untuk memastikan anda betul-betul ingin memutuskan sambungan akaun Facebook anda, tekan Yes, I’m Sure.

Untuk melihat proses yang perlu dilakukan bagi pengguna Android, lihat video di bawah :

Jika anda mempunyai akaun Business Instagram, anda perlu menukar balik kepada akaun peribadi dahulu. Anda boleh melakukan langkah tersebut di dengan pergi ke Options, dan di bawah Business Settings, tekan Switch Back to Personal Account.

Sebarang post yang anda kongsi di Instagram tidak akan muncul lagi di Facebook dan rakan Facebook anda tidak akan mengikuti anda di Instagram apabila mereka log masuk ke aplikasi perkongsian foto.

Cara Membuang post dari Facebook

Jika anda ingin membuang post Instagram yang telah wujud dari profil Facebook, anda lakukan perkara berikut di Facebook dalam pelayar:

  1. Pergi ke Settings > Apps dan jika anda masih tidak dapat mencari Instagram dalam senarai, klik See more.
  2. Di bawah sekali di Instagram, anda akan dapat melihat  Remove App dalam saiz font yang kecil.

4. Di dalam paparan yang akan muncul, tandakan kotak untuk membuang kesemua post di Instagram yang muncul di profil Facebook anda, dan klik Remove.

Read More  [AKAN DATANG] Facebook Messenger Sudah Boleh Memadam Mesej

Adakah anda mempunyai akaun Facebook dan Instagram? Adakah anda rasa anda perlu untuk menghentikan hubungan di antara dua akaun itu? Beritahu kami apa pendapat anda.

Kredit : makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...