Bagaimana Untuk Membuang Kata Laluan Dari Fail PDF

261

Setengah PDF dilindungi dengan kata laluan, dimana anda perlu untuk memasukkan kata laluan tersebut setiap kali ingin membuka dokumen itu. Walaupun anda menyimpan PDF tersebut di lokasi yang selamat, anda masih boleh membuang kata laluan di PDF itu.

Trik yang Mudah: Cetak ke PDF

Cara ini mungkin kelihatan agak tidak masuk akal, tetapi anda boleh membuang kata laluan dari fail PDF dengan mudah sekali dengan membukanya dan mencetak kepada PDF yang baru. Sistem anda akan menghasilkan satu lagi salinan PDF dan salinan PDF itu tidak memerlukan kata laluan.

Trik ini berkesan jika PDF tersebut tidak mempunyai sebarang sekatan pencetakan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan fail PDF dilindungi kata laluan untuk mewujudkan penyulitan ( encryption ) dan boleh dicetak secara normal apabila anda memasukkan kata laluan.

Anda boleh lakukan dengan beberapa cara. Jika anda menggunakan Chrome di Windows, macOS, Linux atau Sistem Operasi OS, anda boleh lakukan sahaja dari pelayar. Pertama sekali, buka dokumen PDF dan masukkan kata laluan yang diperlukan. Klik butang “print” di toolbar PDF.

Klik butang “Change” di bawah Destination dan pilih “Save as PDF”. Klik butang “Save” dan anda akan diminta untuk memberikan nama dan lokasi untuk PDF baru anda. PDF baru anda akan mengandungi kandungan yang sama seperti PDF asal, tetapi tidak dilindungi kata laluan.

Kaedah ini berkesan di Chrome dari mana-mana sistem operasi, tetapi anda boleh melakukan helah yang sama dengan aplikasi lain dan pencetak PDF. Contohnya, Windows 10 mempunyai pencetak PDF, yang bermaksud anda boleh melakukan trik ini di Microsoft Edge atau mana-mana PDF viewer lain pada Windows.

Read More  Kamera Google Translate Sudah Boleh Terjemahkan Dalam Bahasa Melayu!

Sebagai contoh, buka dokumen PDF yang dilindungi oleh kata laluan di Microsoft Edge dan masukkan kata laluan untuk melihatnya. Klik butang “Cetak” pada toolbar PDF viewer.

Pilih pencetak “Pencetak Microsoft untuk PDF” dan klik “Cetak”. Anda akan diminta untuk memilih nama dan lokasi untuk fail PDF baru anda.

Anda boleh melakukan trik ini dalam mana-mana PDF viewer pada Windows 10. Hanya pilih pencetak “Mencetak Microsoft untuk PDF”. Pada versi Windows yang lebih lama, anda perlu memasang pencetak PDF pihak ketiga sebelum anda boleh melakukan trik ini (atau hanya menggunakan Chrome).

Kaedah ini juga berfungsi dalam sistem operasi yang lain. Sebagai contoh, pada Mac, anda boleh melakukan trik ini dengan Preview, atau mana-mana PDF Viewer dan ciri percetakan PDF yang sudah dibina sekali.

Mula-mula, buka dokumen yang dilindungi dengan kata laluan dengan Preview dan masukkan kata laluan yang diperlukan. Klik File>Print untuk membuka dialog cetakan.

Klik butang menu “PDF” di bahagian bawah dialog cetakan dan pilih “Save as PDF”. Masukkan nama fail dan lokasi untuk fail PDF baru anda apabila diminta. Fail PDF baru akan mempunyai kandungan yang sama dengan yang asal, tetapi tiada kata laluan.

Menggunakan Adobe Acrobat Pro

Anda boleh juga melakukannya dengan Adobe Acrobat Pro, aplikasi berbayar.

Aplikasi ini berbeza dengan program yang percuma seperti Adobe Acrobat Reader Pdf Viewer yang digunakan oleh orang ramai. Acrobat Pro boleh digunakan secara percubaan percuma selama seminggu. Adobe Acrobat Pro hanya berkesan jika PDF tersebut mempunyai sekatan pencetakan, dan jika tidak boleh dicetak menggunakan aplikasi lain seperti trik di atas.

Buka fail PDF di Adobe Acrobat pro dan masukkan kata laluan untuk membukanya. Klik ikon kunci di bahagian kiri paparan dan klik ” Permission details“. Anda juga boleh klik File>properties dan klik tab “security

Read More  Perlukah Keluarkan Bateri Komputer Riba Semasa Cas?

Klik kotak “Security method“, pilih “No security“, dan klik “OK” untuk membuang kata laluan.

 

Klik File>save untuk menyimpan perubahan. Anda juga boleh menutup paparan Adobe Acrobat Pro DC dan anda akan diminta untuk menyimpan perubahan anda. Apabila anda selesai, kata laluan akan dibuang dari fail PDF yang asal.

Info Tambahan :

Jika anda masih mempunyai masalah dengan dua kaedah di atas, mungkin anda boleh menggunakan cara di  bawah :

  1. Muat naik ke Google Drive (Chrome)
  2. Klik butang cetak
  3. Simpan sebagai PDF

Selamat mencuba!

Kredit : howtogeek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...