Cara Ini Akan Memudahkan Anda Log Masuk Ke Yahoo Tanpa Kata Laluan

419

Yahoo masih menjadi pilihan penyedia emel di serata dunia.  Jika anda menggunakan Yahoo sebagai e-mel anda, penting untuk  anda melindungi akaun dengan cara yang paling selamat.

Sudah tentu, menetapkan kata laluan yang kuat ialah sebahagian daripada keselamatan menjaga akaun. Tetapi jika anda bosan dengan kata laluan, Yahoo menawarkan cara lain untuk masuk ke akaun anda. Ia dipanggil Key Account Yahoo.

Cara log masuk menggunakan Key Account Yahoo 

  1.  Muat turun mana-mana aplikasi mudah alih Yahoo. Yahoo Mail berfungsi dengan baik, tetapi anda juga boleh menggunakan Yahoo Finance, Yahoo Messenger, atau lain-lain.
  2. Log masuk ke akaun Yahoo anda melalui aplikasi mudah alih.
  3. Di desktop anda, pergi ke tetapan akaun Yahoo anda.
  4. Anda boleh membukanya dengan klik nama anda di sudut atas kanan Yahoo, kemudian memilih Account info.
  5. Pilih tab Account security, kemudian pilih See how it works di bawah tajuk utama Yahoo Account Key.
  6. Anda akan melihat senarai peranti mudah alih yang anda log masuk ke akaun Yahoo. Klik Send me a notification.
  7. Sahkan operasi dengan mengklik Yes, send me a notification.
  8. Anda akan mendapat pemberitahuan pada telefon anda dari aplikasi Yahoo anda. Tekan Yes untuk mengesahkannnya.
  9. Kembali pada desktop anda, klik  Always use Yahoo Account Key untuk menetapkannya sebagai log masuk secara default.
  10. Sekarang apabila anda mahu log masuk ke Yahoo, anda akan mendapat pemberitahuan pada telefon anda. Sahkan dan anda sudahpun berjaya memasuki akaun Yahoo anda.

Berhati-hati jika anda ingin menggunakan ciri ini. Jika seseorang cuba memecah masuk ke akaun anda, berkemungkinan anda tidak akan sengaja tertekan Yes.  Kami mengesyorkan anda untuk menetapkan kod laluan pada telefon anda supaya emel anda mempunyai langkah tambahan untuk melindungi akaun Yahoo anda.

Read More  Ini Adalah 5 Malware Teratas Yang Mensasarkan Pengguna Mac!

Adakah anda suka log masuk melalui telefon ini atau adakah anda lebih suka menggunakan kata laluan? Kongsikan dengan kami!

Kredit : Makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...