Guna Google Calendar Untuk Beritahu Orang Lain Bahawa Anda Akan Lambat Untuk Mesyuarat!

2,902

Google Calendar boleh menguruskan semua hal yang berkaitan dengan jadual mesyuarat anda tetapi bukan etika mesyuarat anda. Walaubagaimanapun, Google Calendar ini boleh membantu anda untuk beberapa perkara kecil berkaitan etika contohnya jika anda akan lambat untuk mesyuarat anda.

Anda boleh kongsikan kalendar dengan rakan-rakan anda jadi mereka akan tahu sekiranya anda akan lambat untuk ke sesuatu mesyuarat itu. Anda hanya perlu menghantar mesej pada mereka melalui status anda. Google Calendar akan melakukan yang selebihnya. Teruja? Ayuh kita lihat cara untuk melakukannya!

Nota : Skrin di bawah menunjukkan Google Calendar yang telah dikemas kini dengan material design.

Gunakan Google Calendar Untuk Memberitahu Anda Akan Lambat

  • Mula-mula log masuk ke akaun Google Calendar anda.
  • Kemudian, anda boleh memberi respons (RSVP) dari jemputan emel atau slot mesyuarat di dalam Google Calendar. Anda juga boleh memberi respons untuk jemputan itu dengan mengklik ikon RSVP di sebelah jemputan emel itu.
  • Buka jemputan emel itu. Klik pada more options bersebelahan dengan tiga pilihan ‘Going?’.
kredit : MUO
  • Google Calendar kemudiannya akan membuka slot acara anda. Setelah itu, klik pada ikon Email guests dan kemudiannya tulis mesej anda untuk memberitahu ahli pasukan atau rakan-rakan anda mengenai status anda itu (samada anda lambat atau ada kecemasan dll).
kredit : MUO
  • Anda sudah selesai. Kini, penganjur boleh menyemak kehadiran setiap orang dengan membuka slot acara di dalam kalendar atau Gmail.

Cara Lain Untuk Menghantar Nota Ke Sesuatu Mesyuarat Atau Acara

  • Dalam Google Calendar, anda boleh klik pada acara di dalam grid kalendar anda.
  • Kemudian, klik pada ikon pensel untuk Edit. Anda akan melihat beberapa pilihan untuk menghantar nota di sebelah kanan iaitu kolum Guest.
Read More  5 Aplikasi Untuk Menyemak Kelajuan Flash Drive di Windows
kredit : MUO
  • Untuk mencipta sesuatu nota, klik Add Note/Guests. Tambahkan nota anda dan beritahu semua orang mengenainya.
kredit : MUO
  • Klik Done dan anda sudah siap!

Hantar Balasan Awal Menggunakan Android

Jika kaedah di atas tidak berfungsi untuk anda, anda boleh menggunakan fungsi Quick Responses on Android. Mesej yang ditaip lebih awal ini boleh digunakan sekiranya anda terlewat untuk sesuatu acara:

  1. Buka aplikasi Google Calendar. Kemudian pergi ke Settings > General > Quick Responses.
  2. Klik pada salah satu mesej yang telah ditaip awal sebelum ini untuk mengedit atau menggantikan teks itu.
  3. Klik OK.

Untuk menghantar Quick response ini, buka aplikasi Calendar dan kemudiannya event. Pilih Email guests. Setelah itu, pilih salah satu mesej Quick response anda dan suaikan mesej itu mengikut kemahuan anda dan hantar.

Itu sahaja, selamat mencuba!

Sumber : MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...