Cara Untuk Sembunyikan Senarai Rakan Anda Di Facebook!

1,812

Ia sebenarnya boleh mengelirukan untuk memahami dengan siapa sebenarnya anda berkongsi maklumat di Facebook. Tetapan yang sering diubah ini membuatkan banyak maklumat anda terdedah tanpa anda sedari.

Jika anda menyelidiki tetapan privasi Facebook anda, anda sebenarnya boleh mengawal sepenuhnya semua tetapan ini termasuklah siapa yang dapat melihat senarai rakan Facebook anda.

Secara default, semua orang dapat melihat seluruh senarai rakan anda di Facebook, tetapi anda sebenarnya boleh menyembunyikannya untuk diri anda sahaja.

Untuk melakukannya, lakukan anda mempunyai tiga pilihan. Pilihan pertama:

  1. Pergi ke Settings > Privacy.
  2. Di bawah bahagian Who Can See My Stuff, klik Edit untuk Who can see your friends list.
  • Public : Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh melihat senarai rakan anda.
  • Friends : Cuma orang yang tambah sebagai rakan sahaja dapat melihatnya.
  • Only Me : Cuma anda yang dapat melihat semua senarai rakan anda, tetapi rakan anda dapat melihat kenalan bersama (mutual contacts) mereka.
  • Custom : Anda boleh menetapkan siapa di antara rakan anda yang boleh melihat senarai penuh rakan Facebook anda berbanding melihat kenalan bersama.
kredit : MUO

Itu adalah pilihan pertama. Pilihan kedua yang boleh anda lakukan ialah pergi ke senarai Friends anda dan klik ikon Pencil dan klik Edit Privacy.

Pilihan ketiga pula boleh didapati dari profil Facebook anda. Jika senarai rakan anda adalah awam (public), anda boleh klik pada anak panah kecil di penjuru kanan sebelah atas kotak yang menunjukkan 9 rakan anda dan kemudian pilih Edit Privacy.

kredit : MUO

Ubah tetapan mengikut kemahuan anda. Itu sahaja, mudah kan? Jangan lupa kongsikan artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat!

Sumber : MakeUseOf

Read More  Sistem Akaun Yang Perlu Pemilik Bisnes Miliki

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...