YouTube Dengan Tema Gelap Dan Mod Incognito Bakal Muncul!

540

Baru-baru ini, aplikasi YouTube untuk Android telah dinaiktaraf ke versi 13.0 dari versi 12.x dan dengar khabarnya terdapat banyak ciri-ciri menarik bakal diimplementasikan dalam versi baru ini.

Ciri-ciri yang telah disebut ialah tema gelap yang ditunggu-tunggu selama ini, mod Incognito dan beberapa perubahan lain yang menarik. Sebelum ini, jika anda mahu menggunakan tema gelap untuk YouTube, anda perlu memasang plugin tambahan untuk ini, tetapi kini tidak lagi!

YouTube akan menawarkan pilihan kepada anda sekiranya anda mahu menggunakan tema gelap atau tema default seperti yang kita guna sebelum ini. Menarik kan? Lepas ini, anda tidak perlu lagi risau mata anda sakit jika hendak buka aplikasi YouTube ini pada malam hari.

kredit : Google

Selain itu, seperti yang kita sudah ketahui, mod Incognito ini amat berguna sekiranya anda tidak mahu sejarah carian anda diketahui oleh Google. Oleh itu jika mod ini sudah dilancarkan pada YouTube, anda tidak akan rasa terganggu lagi dengan cadangan video yang diberikan oleh YouTube kepada anda berdasarkan sejarah tontonan anda itu.

Jadi anda boleh menonton video sesuka hati anda tanpa perlu risau ‘dijejaki’ oleh Youtube. Apa yang menarik lagi mengenai ciri baru ini ialah selain tema gelap dan mod Incognito yang diberikan, anda lepas ini hanya perlu seret (swipe) sahaja jari anda untuk skip iklan di mana-mana video di YouTube. Menarik kan?

Jadi, anda tidak perlu lagi menekan butang “SKIP AD” seperti sekarang sebaliknya hanya perlu seret sahaja jari anda untuk tidak menonton iklan-iklan tersebut. Teruja kan? Nantikan kemunculan aplikasi YouTube yang terbaru ini tidak lama lagi.

Sumber : 9to5Google
Read More  5 Jenis Virus Komputer Yang Popular dan Boleh Merosakkan Komputer Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...