Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook Messenger!

224

Jika anda seorang pengguna Facebook Messenger, anda sudah pastinya dapat mengetahui bila rakan-rakan anda aktif dan juga sebaliknya. Ia mungkin berguna jika anda mahu berbual dengan rakan-rakan anda yang aktif pada masa itu.

Tetapi bagaimana jika anda mahu mengabaikan orang yang anda tidak mahu berbual? Jika ciri ini tidak dapat disembunyikan, pasti ianya sukar untuk anda mengabaikan rakan anda itu.

kredit : HTG

Mujurlah, Facebook menawarkan ciri / fungsi untuk menyembunyikan satus aktif anda itu! Berminat untuk melakukannya? Ikuti cara-caranya di bawah.

Lumpuhkan Status Aktif Ini Di Peranti Mudah Alih

Sebenarnya untuk melumpuhkan ciri ini di peranti mudah alih anda ianya agak sukar kerana anda perlu melakukan carian yang sedikit mendalam berbanding di PC anda.

Nota : Anda boleh mencari tetapan yang akan kami tunjukkan ini pada kedua-dua iOS dan Android meskipun menunya kelihatan sedikit berbeza. Untuk contoh ini kami menggunakan Android dan anda boleh ikuti cara ini untuk iOS juga tanpa sebarang masalah.

Pertama sekali, buka aplikasi Messenger dan kemudian klik pada tab “People” yang mana ia berada di bawah iaitu yang kedua dari kiri.

kredit : HTG

Seterusnya, klik tab “ACTIVE” yang berada di bahagian atas.

kredit : HTG

Selepas itu, klik pada togol di sebelah kanan nama anda untuk mematikan status aktif anda. Sekadar peringatan, apabila anda mematikan ciri ini, ia akan melumpuhkan keupayaan anda untuk melihat status aktif orang lain juga.

kredit : HTG
kredit : HTG

Jika anda okay dengan perkara itu, tahniah! Itu sahaja yang perlu anda lakukan.

Lumpuhkan Status Aktif Di Messenger.com

Selain melumpuhkan fungsi ini di peranti mudah alih anda, anda juga boleh melumpuhkan status aktif anda ini di laman web Messenger. Untuk melakukannya, pergi ke laman web Messenger.com dan kemudiannya klik ikon ear di bahagian atas sebelah kiri.

Read More  ‘Snooze’ Seseorang Di Facebook Untuk 30 Hari!
kredit : HTG

Seterusnya, klik tetapan “Active Contacts”.

kredit : HTG

Setelah itu, ubah kedudukan togol kepada mematikan seperti tadi. Sekali lagi, mematikan status aktif anda ini bermaksud anda juga tidak akan dapat melihat status aktif orang lain.

kredit : HTG

Itu sahaja, mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...