Cara Hendak Melaporkan Sesuatu Video Atau Komen Di YouTube

180

YouTube mempunyai pelbagai kandungan yang sangat meluas. Sesetengah video adalah menarik dan berguna untuk kita tonton manakala sesetengah daripadanya pula adalah teruk dan tidak berfaedah untuk ditonton.

Dengan 300 jam video dimuat naik ke YouTube setiap minit, tidak ada cara terbaik untuk Google memantaunya setiap masa. Oleh itu anda sebagai penonton perlulah menjadi bijak iaitu dengan melapor sebarang video yang anda rasakan bertentangan dengan Garis Panduan Komuniti YouTube.

kredit : HTG

Jika benar ia didapati bertentangan dengan panduan komuniti tersebut, moderator YouTube akan memantaunya dan mengalih keluar video tersebut serta merta. Channel tersebut pula akan disekat daripada memuat naik sebarang video untuk beberapa waktu.

Jika ia didapati melanggar banyak peraturan yang telah ditetapkan, keseluruhan Channel akan dialih keluar. Jadi ayuh kita lihat cara untuk melakukannya.

Apakah Perkara Yang Melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube?

Perkara-perkara yang jelas disebut melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube ini adalah seperti berikut :

  • Kandungan seksual atau bogel
  • Kandungan yang berbahaya atau memudaratkan
  • Kandungan yang mengundang kemarahan
  • Kandungan berunsur keganasan
  • Gangguan dan cyberbullying
  • Spam dan penipuan
  • Ancaman
  • Pelanggaran hak cipta
  • Pelanggaran privasi
  • Penyamaran
  • Berbahaya untuk kanak-kanak

Sekiranya anda melihat mana-mana video yang melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube ini (atau perkara lain yang anda fikir boleh dipersoalkan), anda boleh melaporkannya.

 #1 : Cara Hendak Melaporkan Video Di YouTube

Ini adalah bahagian yang paling penting. Sebenarnya, ciri / fungsi untuk melaporkan sebarang video di YouTube ini agak tersembunyi sedikit, jadi anda mudah terlepas pandang jika anda tidak tahu ia berada di sana.

Pertama sekali, anda perlu log masuk ke akaun Google anda untuk melaporkan sebarang video. Selepas anda sudah log masuk, klik pada tiga titik kecil di bahagian bawah video.

Read More  Pengguna Microsoft Office Perlu Berhati-Hati! Malware Baru Kini Datang Melalui Lampiran E-mel Dalam PowerPoint
kredit : HTG

Dalam popup menu yang muncul, klik pada pilihan “Report”.

kredit : HTG

Untuk melaporkan sesuatu video menggunakan aplikasi mudah alih YouTube pula, anda perlu klik pada video itu terlebih dahulu untuk melihat semua pilihan dan kawalan yang ada.

kredit : HTG

Setelah itu, klik pada tiga titik kecil di sudut atas sebelah kanan dan kemudian pilih “Report”.

kredit : HTG

Tidak kiralah di platform manapun anda mahu melaporkan video itu, anda perlu memberikan sedikit maklumat kepada YouTube. Pilih sebab yang anda rasakan bersesuaian kenapa ia melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh YouTube ini dan kemudiannya klik butang “Next”.

kredit : HTG

Tambahkan sebarang maklumat tambahan mengenai isu yang berkaitan dengan video tersebut dan kemudian klik “Report”.

kredit : HTG

Sekarang, moderator YouTube akan melihat laporan anda itu secepat yang mungkin dan melakukan apa yang patut dengannya.

Itu sahaja, tidak susah kan?

#2 : Cara Hendak Melaporkan Komen Di YouTube

Video bukanlah satu-satunya perkara yang boleh anda laporkan, tetapi komen juga boleh dilaporkan sekiranya ianya tidak bersesuaian! Ini kerana, di ruangan komen, terdapat banyak komen-komen yang ‘mengerikan’.

Jika anda melihat sebarang komen yang bertentangan dengan Garis Panduan Komuniti YouTube ini, anda boleh melaporkannya. Berikut adalah cara untuk melaporkannya.

Sekali lagi, di laman web YouTube, ciri ini agak tersembunyi. Jika anda melihat sesuatu komen itu dengan pandangan kasar, mungkin anda rasa tidak ada cara untuk melaporkannya.

kredit : HTG

Tetapi sebenarnya anda boleh! Anda hanya perlu gerakkan tetikus anda di sekitar komen tersebut sehinggalah tiga titik kecil muncul di sebelah kanan komen tersebut.

kredit : HTG

Anda hanya perlu klik pada tiga titik tersebut dan kemudiannya klik pada pilihan “Report Spam or Abuse”.

Read More  Langkah Mencegah Malware dan Virus daripada Menyerang Facebook Anda
kredit : HTG

Setelah itu, masukkan alasan kenapa anda rasa ia perlu dilaporlan dan kemudiannya klik “Report”. Itu sahaja!

kredit : HTG

Dalam aplikasi mudah alih pula, tiga titik kecil sebelah komen itu boleh dilihat dengan jelas. Mereka tidak tersembunyi seperti di laman web, oleh itu anda hanya perlu klik pada tiga titik itu dan kemudiannya pilih “Report”.

kredit : HTG
kredit : HTG

Itu sahaja yang perlu anda lakukan sekiranya anda mahu sesuatu video atau komen di YouTube jadi, selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...