Cara Untuk Melihat Grup Manakah Yang Dimiliki Oleh Akaun Pengguna Linux Anda!

190

Grup sebenarnya dapat membantu menentukan kebenaran dan akses yang diberikan kepada akaun pengguna Linux anda untuk fail, folder, tetapan dan banyak lagi. Oleh itu, penting untuk mencari grup manakah yang dimiliki oleh akaun pengguna Linux anda ini.

kredit : HTG

Ini kerana ia akan membantu anda memahami dengan lebih baik lagi mengenai akses yang diberikan untuk akaun anda itu di samping anda boleh menyelesaikan masalah yang timbul apabila sesuatu perkara tidak berfungsi dengan betul pada sistem anda.

Nota: Kami menggunakan Ubuntu untuk contoh kami di sini, tetapi arahan ini berfungsi dengan sama untuk kebanyakan Linux yang lain.

Untuk bermula, buka Terminal anda. Pada prompt yang muncul, taipkan arahan berikut dan kemudiannya tekan Enter:

groups
kredit : HTG

Dengan hanya menggunakan arahan yang mudah di atas, ia akan menunjukkan grup manakah yang anda tengah log masuk sekarang.

Selain itu, anda juga boleh menambah nama pengguna (username) selepas arahan grup tadi untuk mengetahui grup manakah lagi yang digunakan oleh akaun yang lain. Masukkan sahaja arahan ini:

groups <username>

Dan itu sahaja! Mudah kan prosesnya?

Sudah tentunya selain dapat mengetahui grup manakah yang dimiliki oleh akaun pengguna anda, arahan di atas juga dapat digunakan untuk melakukan perkara lain. Sebagai contoh anda boleh menggunakannya unuk menambah pengguna lain di dalam grup dan sebagainya. Jadi, selamat mencuba!

Sumber : How To Geek
Read More  Cara Mudah Nak Pastikan Fail Anda Selamat Sebelum Anda Memuat Turunnya!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...