Cara Nak Aktifkan Semula Akses Pantas Untuk Google Photos Di Google Drive!

238

Jika anda perasan, Google telah mengalih keluar butang akses pantas untuk Google Photos di Drive. Bagi sesetengah orang, ini mungkin bukan masalah buat mereka. Tetapi bagi mereka yang mementingkan capaian untuk akses ini, ini mungkin kelihatan seperti menyusahkan (perlu melakukan kerja tambahan untuk mengaksesnya).

kredit : TR

Hah, jadi apakah ada cara yang boleh dilakukan untuk anda mendapatkannya semula? Sebenarnya ada! Kami akan menunjukkan cara-cara untuk melakukannya di bawah, jadi anda tidak perlu lagi berulang alik ke https://photos.google.com/ untuk mengakses gambar anda.

Sekarang, sebelum anda melakukan ini, kami ingin menegaskan sesuatu. Akses yang anda dapat untuk Google Photos dari Google Drives ini tidak akan memberi anda semua ciri-ciri yang ada pada photos.google.com.

Jadi, anda hanya boleh melihat, memuat turun, memadam, berkongsi, memberi tag, dan menamakan semula foto anda, serta lain-lain lagi yang agak terhad dari Google Drives.

Berbeza dengan laman web Google Photos yang sebenar, anda boleh melakukan banyak lagi perkara menarik di samping boleh menggunakan Assistant, cipta album, dan lakukan suntingan kecil pada gambar seperti rotate, tambah filter dan crop.

Jadi, anda mahu tahu bagaimana untuk melakukannya? Ayuh lihat cara-caranya di bawah.

Memulihkan Pautan

Percaya atau tidak, untuk memulihkan (restore) pautan Google Photos ini sebenarnya agak mudah. Anda hanya perlu buka Google Drive, klik pada ikon gear, dan klik Settings seperti dalam rajah di bawah.

kredit : TR

Dari tetingkap Settings itu, tandai kotak untuk ‘Create a Google Photos folder’ seperti dalam rajah di bawah. Selesai dengan itu, klik DONE.

kredit : TR

Setelah itu, pergi semula ke Google Drive dan anda dapat melihat pautan untuk akses cepat ke Google Photos sudah kembali dalam navigasi di bahagian kiri.

Read More  Gabungkan Semua Akaun Gmail Anda Dengan 4 Langkah Super Easy!
kredit : TR

Itu sahaja! Mudah kan? Kini anda tidak perlu risau lagi jika anda kehilangan pautan untuk akses pantas ini. Mungkin ia bukanlah perkara besar yang perlu dirisaukan, tetapi sekurang-kurangnya ia akan memudahkan kerja anda, betul tak?

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...