6 Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Adobe Photoshop!

2,029

Siapa sahaja yang tidak mengenali Adobe Photoshop ini kan? Biasanya orang yang terlibat dalam industri penyuntingan grafik dan foto ini pasti mengenali dan menggunakan Adobe Photoshop ini. Ia umpama ‘makanan’ utama bagi mereka.

Tetapi masalah yang ada untuk Adobe Photoshop ini sudah pastinya harga untuk melanggannya. Pakej yang paling asas bermula dari harga RM 40 dan ke atas. Bagi anda yang tiada masalah kewangan, mungkin ini bukanlah masalah bagi anda.

Tetapi bagi anda yang tengah mengira-ngira bajet bulanan anda itu, mungkin ia umpama mimpi ngeri buat anda. Apakah ada cara untuk anda menggunakan Adobe Photoshop ini tetapi untuk versi yang percuma?

kredit : HTG

Nasib baiklah, terdapat banyak lagi alternatif lain di luar sana yang boleh anda gunakan untuk menggantikan Adobe Photoshop ini. Sesetengahnya adalah percuma manakala sesetengahnya memerlukan anda untuk membayar sekali sahaja. Sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada membayar untuk setiap bulan kan?

Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita lihat alternatif lain untuk Adobe Photoshop ini.

#1 : GIMP (Percuma)

kredit : HTG

Sudah bertahun-tahun GIMP ini telah dikatakan sebagai alternatif yang ideal untuk Photoshop ini. Ianya percuma dan semua fungsi yang ada di dalamnya sangat mirip dengan Adobe Photoshop.

Ia memberikan anda semua tahap dan alat professional yang boleh anda gunakan termasuklah layers, berus yang boleh disuaikan dan alat penambahbaikan imej secara automatik bagi mereka yang mahu mengedit imej secara pantas.

Kelemahannya? Ia tidak mempunyai sokongan untuk fail RAW iaitu komponen utama dalam penyuntingan foto. Untuk itu, anda perlu menambah plugin tambahan untuk mempunyai fungsi itu. Selain itu, interface untuk GIMP ini mungkin agak ‘menggerunkan’ buat pengguna baru.

Read More  Cara Untuk Menempah Dan Uruskan Penerbangan Anda Menggunakan Google Home!

Tetapi ia agak berbaloi untuk anda gunakannya, betul tak? Dapatkannya di sini.

#2 : Photo Pos Pro 3 (Percuma / Premium $ 30 | RM 118.84)

kredit : HTG

Photo Pos Pro 3 mungkin tidak dikenali ramai, tetapi fungsi yang ada padanya membuatkan ia makin dikenali ramai sebagai alternatif untuk Adobe Photoshop. Fokus utamanya adalah untuk memberikan interface yang menarik kepada pengguna baru dan mudah untuk digunakan.

Untuk pengguna baru atau newbies ini, terdapat pelbagai ciri mudah yang boleh digunakan iaitu satu klik untuk filter, penyesuaian automatik untuk sesuatu imej itu dan banyak lagi manakala untuk pengguna yang lebih mahir, terdapat banyak alat yang boleh mereka gunakan untuk menghasilkan gambar yang memuaskan.

Sementara itu, layers dan juga layer mask turut diberikan di samping clone dan healing brushes dan pelbagai pilihan warna yang boleh anda pilih. Ianya percuma untuk anda gunakan sekiranya fail yang anda gunakan itu sehingga 1024 x 2014.

Jika fail yang anda mahu gunakan itu lebih besar, anda boleh menggunakan pakej premiumnya yang bermula dari RM 118. Dapatkannya di sini.

#3 : Affinity Photo ($ 50 | RM 198.07)

kredit : HTG

Pada asalnya, ia cuma tersedia untuk pengguna Mac sahaja tetapi ia kini tersedia untuk kedua-dua Windows dan Mac. Ianya amat sesuai jika anda tidak mahu melanggan sesuatu secara bulanan tetapi mahu bayar untuk sekali sahaja.

Affinity Photo menawarkan satu siri modul yang berbeza yang mana pada dasarnya ia berbeza mengikut ruang kerja yang telah anda tetapkan. Ia memberikan pilihan seperti Photos, Liquify, Develop dan Export yang mana setiap satunya telah dilengkapi dengan set alatnya yang tersendiri.

Alat ini sangat meluas jadi anda perlu ‘menyelam’ ke dalamnya dan mungkin memerlukan tutorial untuk mengetahui setiap fungsi dan alat yang ada dalam aplikasi ini.

Read More  Adakah WhatsApp Menyimpan Mesej Anda?

Ianya sangat mudah untuk digunakan dan sebahagian besar ciri-ciri Photoshop terdapat dalam alat ini, jadi tunggu apa lagi, dapatkannya di sini.

#4 : Pixelmator ($ 30 | RM 118)

kredit : HTG

Pixelmator ini hanya tersedia untuk pengguna Mac dan sudah terang-terangan ia tidak tersedia untuk semua pengguna. Aplikasi ini sering disebut dan dicadangkan sekiranya pengguna Mac menacari alat pengeditan foto yang terbaik.

Meskipun ia tidak setanding dengan pilihan lain yang disebutkan dalam artikel ini kerana ia tidak mempunyai sokongan RAW dan fungsi pengeditan batch tetapi sekurang-kurangnya ianya bagus untuk seorang amatur menggunakannya.

Pixelmator kelihatan sangat mirip seperti Photoshop tetapi jauh lebih mudah untuk digunakan dan amat mudah untuk anda mengedit foto anda di sini. Sekiranya anda mahu menggunakan alat yang lebih profesional, anda boleh mencuba Pixelmator Pro yang baru sahaja dilancarkan.

Ianya berharga dua kali ganda dari harga biasanya. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh dapatkannya di sini. 

#5 : Adobe Photoshop Express (Percuma)

kredit : HTG

Anda mahu menggunakan Photoshop tetapi untuk versi percuma dan terhad? Adobe Photoshop Express adalah jawapannya! Ianya agak mudah untuk digunakan dan tersedia untuk Windows, iOS dan Android tidak lupa juga di browser anda.

Anda boleh menggunakan ciri-ciri asas pengeditan foto dengan mudah seperti crop, rotate dan buang red-eye. Tambahan lagi, terdapat alat untuk membuang blesmishes, spot dan kotoran pada foto anda dengan satu sentuhan sahaja beserta mod auto-fix yang akan membetulkan contrast, exposure dan white balance dalam sekelip mata.

Filter yang diberikan juga agak menarik dan ia adalah alternatif terbaik untuk pengeditan imej. Meskipun ia bukanlah pengeditan terbaik untuk anda gunakan, tetapi sekurang-kurangnya ia berfungsi dengan baik untuk pengeditan pantas. Dapatkannya di sini.

Read More  Langkah untuk Mengetahui Anda telah Disekat oleh Seseorang di Facebook

# 6 : Pixlr (Percuma)

kredit : HTG

Pixlr bukanlah seperti alternatif lain di sini. Ia berasaskan web sepenuhnya dan yang paling penting ianya percuma untuk digunakan. Anda tidak perlu memasang sebarang perisian untuk menggunakannya, menarik kan?

Beberapa alat seperti Photoshop tersedia di sini seperti pelarasan warna untuk pengoptimum automatik, filter yang menarik di samping brush, alat healing dan clone. Layers juga disokong di sini dan ini bermakna secara keseluruhannya, Pixlr mempunyai semua asas yang diperlukan.

Satu-satunya kelemahan yang ada padanya ialah kekurangan pengeditan batch dan pergantunggannya dengan Flash. Jika tidak ia mungkin sudah menjadi pengeditan foto yang terbaik di sini. Untuk dapatkannya, ikuti pautan ini.

 Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...