Phishing Kekal Sebagai Serangan Siber Paling Tinggi Untuk Perniagaan!

1,394

Serangan Phishing adalah serangan siber yang paling tinggi menyerang setiap syarikat perniagaan. Menurut Tech Republic, serangan Phishing ini bergantung pada satu elemen dan ianya sangat susah untuk dibasmi kerana ramai orang yang mudah percaya dan tertipu dengannya.

Kebanyakan pengguna tidak dapat membezakan samada mereka melakukan perkara yang betul dalam kehidupan mereka ataupun tidak. Contohnya apabila mereka menerima e-mel yang dipercayai dari orang atasan mereka, mereka terus membalasnya tanpa memerika asal usul pengirimnya terlebih dahulu samada ianya benar-benar dari orang atasan mereka ataupun tidak.

kredit : Google

Serangan ini biasanya disebarkan melalui e-mel. Ia boleh datang dalam bentuk e-mel seperti biasa yang disertakan dengan pautan yang berniat jahat atau e-mel yang disertakan dengan lampiran yang berniat jahat atau ia tidak mempunyai pautan atau lampiran tetapi akan meminta anda untuk memberikan maklumat anda.

Menurut Tech Republic lagi, meskipun penting untuk setiap individu mengetahui tentang risiko yang berkaitan dengan pancingan data ini, ianya penting juga untuk tidak menyalahkan individu yang terpedaya dengan serangan ini. Ini kerana sesiapa sahaja boleh termakan dengan pancingan ini termasuklah pihak atasan.

kredit : Google

Oleh itu, kita mungkin memerlukan teknologi untuk melindungi semua pengguna daripada terkena serangan ini. Sebagai langkah keselamatan, berikut adalah langkah pencegahan yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ini.

  1. Perhatikan e-mel dengan teliti. Pastikan pengirimnya adalah dipercayai.
  2. Berhati-hati untuk menekan setiap pautan. Pastikan pautan tersebut sah.
  3. Layari Internet menggunakan HTTPS.
  4. Berhati-hati dengan setiap ancaman (contohnya perusahaan anda tiba-tiba kena denda dll). Pastikan ianya sah dan boleh dipercayai.
 Sumber : Tech Republic
Read More  Bagaimana Mahu Membuatkan Panggilan Video Kelihatan Lebih Baik Pada Komputer Anda?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...