Cara Untuk Menggunakan Papan Kekunci Di Skrin Pada Windows 7, 8 Dan 10!

1,242

Anda pernah tak berada di situasi di mana papan kekunci fizikal atau lebih dikenali sebagai keyboard anda ini rosak? Jika anda mahu membaikinya atau mahu menggunakan papan kekunci luar mungkin ia akan memakan masa untuk anda mendapatkannya, betul tak?

Kini, anda tidak perlu bimbang dan risau lagi kerana jika anda perlu menggunakan papan kekunci dengan pantas, anda boleh menggunakan papan kekunci di skrin komputer anda itu! Windows menawarkan ciri ini sebagai alternatif lain untuk papan kekunci fizikal anda itu.

Anda boleh menggunakan papan kekunci di skrin ini melalui sentuhan (sekiranya skrin anda boleh disentuh / touch screen), melalui tetikus ataupun melalui game controller.

kredit : HTG

Dan pada Windows 10 dan 8, sebenarnya terdapat dua papan kekunci pada skrin yang boleh anda gunakan. Satu adalah papan kekunci asas yang anda boleh keluarkan ia dari taskbar dan satu lagi adalah papan kekunci yang lebih hebat iaitu dari tetapan Ease of Access.

Kami akan menunjukkan bagaimana cara untuk membuka kedua-duanya.

Windows 10 

Untuk mengakses papan kekunci dengan pantas dari taskbar pada Windows 10, klik kanan pada taskbar dan pastikan pilihan “Show touch keyboard option” di dalam menu konteks didayakan (enabled).

kredit : HTG

​​Anda kemudiannya akan melihat ikon papan kekunci muncul di system tray anda ataupun di kawasan notifikasi seperti di bawah. Klik pada ikon tersebut atau tekannya dengan jari anda untuk membuka papan kekunci pada skrin anda.

kredit : HTG

Sebaik sahaja anda sudah membuka papan kekunci pada skrin itu, anda boleh menekan atau mengklik pada mana-mana butang di papan kekunci skrin itu menggunakan tetikus atau jari anda. Ia akan befungsi seperti papan kekunci fizikal yang biasa.

Read More  Perisian Memuat Turun Video Paling Laju 2019

Selain itu, ikon ikon di bahagian atas kanan papan kekunci itu akan membolehkan anda untuk mengerakkan atau membesarkan papan kekunci itu manakala butang kekunci di bahagian bawah papan kekunci itu pula membolehkan anda untuk memilih susun atur (layout) yang berbeza.

kredit : HTG

Seperti yang kami katakan di awal tadi, terdapat satu lagi papan kekunci yang lebih canggih yang mana ia merupakan sebahagian daripada tetapan Ease of Access. Untuk mengaksesnya, buka menu Start dan pilih “Settings”.

Kemudiannya pergi ke Ease of Access > Keyboard dan aktifkan pilihan “On-Screen Keyboard” di bahagian atas tetingkap.

Papan kekunci ini mempunyai kekunci yang lebih banyak dan berfungsi seperti papan kekunci penuh tradisional di PC berbanding dengan papan kekunci sentuh tadi. Tetingkap papan kekunci ini juga adalah seperti tetingkap desktop biasa yang anda boleh ubah saiznya dan minimize kan ia tidak seperti papan kekunci sentuh asas.

Anda juga akan menemui beberapa pilihan tambahan yang boleh anda gunakan untuk mengkonfigurasinya jika anda mengklik butang “Options” di bahagian bawah sebelah kanan papan kekunci itu. Anda juga boleh pin ia pada taskbar anda sekiranya anda mahu.

kredit : HTG

Selain itu, anda juga boleh mengakses papan kekunci ini pada skrin log masuk Windows 10. Anda hanya perlu klik butang “Ease of Access” di bahagian bawah sebelah kanan berhampiran dengan butang power dan pilih “On-Screen Keyboard” pada menu yang muncul.

Windows 8 dan 8.1

Jika anda menggunakan Windows 8 atau 8.1, ia berfungsi lebih kurang sama pada Windows 10, tetapi pilihan toolbar berada di tempat yang sedikit berbeza. Untuk mengaksesnya, klik kanan pada toolbar anda, dan pergi ke “Toolbars” dan pastikan “Touch Keyboard” telah dipilih.

Read More  Cari Video Youtube Dengan Lebih Pantas Menggunakan Cara Ini!

Anda kemudiannya akan melihat ikon papan kekunci sentuh akan muncul di sebelah kiri system tray anda atau di kawasan notifikasi anda. Klik atau tekan padanya untuk membuka papan kekunci sentuh (touch keyboard) itu.

kredit : HTG

Anda juga boleh membuka papan kekunci tradisional pada Windows versi ini. Untuk melakukannya, klik kanan pada butang Start di taskbar pada Windows 8.1 atau klik kanan di bahagian bawah skrin sebelah kiri untuk Windows 8.

Setelah itu, pilih “Control Panel”. Di dalam tetingkap Control Panel, klik Ease of Access > Ease of Access Center> Start On-Screen Keyboard. Anda boleh pin papan kekunci ini pada taskbar anda jika anda mahu menggunakannya pada masa hadapan.

kredit : HTG

Selain itu, anda juga boleh mengakses papan kekunci ini dari skrin masuk Windows 8. Klik atau tekan pada ikon “Ease of Access” di sudut kiri bawah skrin log masuk dan pilih “On-Screen Keyboard” pada menu yang muncul. Mudah kan?

Windows 7 

Pada Windows 7 pula, anda boleh membuka papan kekunci pada skrin dengan mengklik butang Start, pilih “All Program” dan navigasi ke Accessories > Ease of Access > On-Screen Keyboard.

Anda juga akan menemui butang “Start On-Screen Keyboard” di Control Center iaitu di Ease of Access Center, tetapi ia adalah sama seperti melancarkan papan kekunci secara langsung.

kredit : HTG

Untuk akses yang lebih mudah pada masa hadapan, anda boleh klik kanan pada ikon “On-Screen Keyboard” pada taskbar anda dan pilih “Pin this program to taskbar”.

kredit : HTG

Ia mungkin kelihatan tidak ‘selicin’ di Windows 8 dan 10, tetapi papan kekunci pada skrin ini berfungsi dengan sama. Gunakan tetikus, jari atau apa sahaja peranti input yang anda ada untuk menggunakan papan kekunci ini.

Read More  Langkah Mencegah Malware dan Virus daripada Menyerang Facebook Anda
kredit : HTG

Untuk menggunakan papan kekunci pada skrin log masuk Windows 7, klik butang “Ease of Access” di sudut kiri bawah skrin dan pilih pilihan “Type without the keyboard (On-Screen Keyboard)” pada senarai yang muncul. Gunakan ia selama mana yang anda mahu. Mudah kan?

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...