Cara Pantas Untuk Mengubah Peranti Audio Yang Disambungkan Dengan iPhone Anda!

384

Mungkin ini adalah salah satu perkara yang paling annoying dalam kehidupan anda.

Katakanlah apabila anda mahu membuat panggilan telefon dari iPhone anda, anda menyedari kemudiannya bahawa ia disambungkan pada pembesar suara Bluetooth anda yang mana ia tidak mempunyai mikrofon.

Jadi anda mungkin berteriak “Hello, bolehkah anda mendengar saya sekarang?” Dan percayalah ia bukanlah cara yang terbaik, betul tak?

kredit : HTG

Mujurlah pada iOS anda boleh menguruskan Control Center anda untuk menukar peranti mana yang bersambung dengan iPhone anda dengan cepat.

Untuk melakukannya, leret skrin ke atas dari bawah untuk membuka Control Center. Jika ada peranti lain yang anda boleh sambungkan ia seperti pembesar suara Bluetooth atau sistem AirPlay, anda akan melihat dua gelombang audio kecil di bahagian atas kanan kawalan muzik ini.

Jika anda disambungkan pada salah satu peranti luar ini, gelombang tersebut akan bewarna biru. Tetapi jika ada peranti luar di kawasan sekitar anda dan anda tidak disambungkan dengannya, gelombang tersebut akan bewarna putih.

kredit : HTG

Tetapi, sekiranya tiada peranti luar di dalam kawasan tersebut, gelombang tersebut tidak akan muncul.

kredit : HTG

Klik / tekan pada gelombang audio itu untuk membuka menu yang akan menyenaraikan semua peranti luar berdekatan dengan anda yang boleh anda sambungkan.

kredit : HTG

Kemudiannya, klik pada peranti yang anda mahu sambungkan itu.

kredit : HTG

Sekiranya anda tidak melihat sebarang gelombang audio, pastikan Bluetooth, Wi-Fi dan peranti luar lain yang anda mahu sambungkan itu diaktifkan.

Sekarang, klik di mana-mana sahaja di skrin anda untuk kembali ke Control Center. Dan itu sahaja yang perlu anda lakukan! Kini anda tidak akan tersalah pasang lagu yang kuat di bilik anda lagi apabila pasangan anda sudah tidur, haha!

Read More  iPhone Dicuri? Ikuti TIPS ini Setelah iPhone Anda Dicuri
Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...