‘Snooze’ Seseorang Di Facebook Untuk 30 Hari!

624

Sehingga ke hari ini, tidak ada cara yang boleh dilakukan untuk membuang seseorang buat sementara waktu di News Feed Facebook anda. Anda mungkin boleh sekat dan unfollow mereka, tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik.

Ini kerana jika anda mahu melihat posting mereka lagi di masa hadapan, anda perlu menyahsekat dan ikuti (follow) mereka kembali. Leceh kan?

Nah, berita gembira buat anda, baru-baru ini Facebook telah memperkenalkan Snooze iaitu ciri / fungsi yang membolehkan anda menyembunyikan posting dari seseorang di News Feed anda selama 30 hari.

kredit : HTG

Ini mungkin berguna jika anda dapati rakan-rakan anda (atau Page yang anda ikuti) kelihatan seperti spam. Contohnya mungkin anda rasa terganggu dengan rakan anda yang asyik mengiklankan sesuatu. Anda boleh menggunakan ciri Snooze ini untuk tidak melihat lagi iklan-iklan tersebut!

Baiklah, kembali pada topik utama, satu-satunya cara untuk anda Snooze seseorang atau Page buat masa ini adalah pada posting mereka di News Feed anda.

Apabila post dari seseorang atau Page yang anda mahu Snooze itu muncul pada News Feed anda, klik atau tekan pada tiga titik kecil di penjuru kanan sebelah atas post tersebut dan kemudiannya pilih pilihan “Snooze **** for 30 Days”.  

kredit : HTG
kredit : HTG

Post tersebut akan hilang dari News Feed anda dan anda tidak akan melihat lagi sebarang posting dari orang / Page itu selama 30 hari seterusnya. Apa yang menariknya lagi ialah orang itu tidak akan mengetahui apa yang anda telah lakukan itu tadi, jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda mahu Snooze mereka.

kredit : HTG

Andai kata anda mahu mematikan ciri ini (mungkin anda rasa ianya agak keterlaluan dll) anda boleh un-Snooze mereka semula. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu pergi ke Profil mereka dan klik pada tetapan Snooze. Anda akan melihat berapa lama lagi jumlah hari yang tinggal sebelum ciri Snooze ini tamat.

Read More  Anda Bakal Ditemuduga? Jangan Biarkan Penemuduga Buat Mental Anda ‘Koyak’ Dan Menangi Hati Mereka Dengan 4 Tips Ini.
kredit : HTG
kredit : HTG

Anda hanya perlu memilih pilihan “End Snooze” untuk mematikan ciri itu serta merta. Ciri / fungsi Snooze pada orang / Page tersebut akan ditamatkan serta merta. Mudah kan?

Selain itu, sebelum tempoh Snooze itu berakhir, anda akan menerima notifikasi dari Facebook yang akan mengingatkan anda mengenai Snooze itu. Dengan ini, anda boleh membuat keputusan samada mahu Snooze mereka lagi atau terus unfollow mereka atau biarkan mereka kembali pada News Feed anda semula. Semuanya terserah pada anda!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...