Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda Terasa Panas?

6,131

Tidak seperti komputer anda, telefon pintar tidak mempunyai kipas atau cara aktif lain untuk menyejukkan dirinya sendiri.

Oleh itu, untuk memastikan ia dapat berfungsi dalam suhu yang boleh diterima, pengeluar telefon pintar telah mengambil kira mengenai kaedah penyejukan pasif kerana kebanyakan orang tidak melakukan tugas yang berat pada telefon mereka.

kredit : HTG

Selain itu, kebanyakan telefon juga mempunyai langkah keselamatan yang sudah terbina di dalamnya. Jadi, apabila ia mula panas, ia akan mematikan beberapa ciri seperti flash kamera dan mengehadkan kuasa pemprosesan sehinggalah ia menjadi normal semula.

Tetapi apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda dapati telefon anda sudah mulai panas?

Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan apabila telefon anda sudah mulai panas mengikut senario / keadaan yang berikut :.

#1. Sekiranya Bateri Mengembang

kredit : HTG

Jika anda dapati bateri anda kelihatan seperti membengkak / mengembang, atau beberapa rekahan muncul di sekeliling peranti atau telefon anda betul-betul terasa panas yang melampau, ada kemungkinan bateri lithium-ion yang berada di dalamnya sudah terbakar atau meletup.

Jadi jika anda melihat bateri anda sudah mengembang / bengkak :

  • Matikan telefon.
  • Jangan gunakan atau mengecasnya.
  • Hubungi pengeluar untuk gantian sekiranya ia masih di bawah jaminan (warranty).
  • Buang bateri tersebut di pusat kitar semula yang dibenarkan jika anda tidak mahu menggunakan telefon itu lagi.

Selalunya situasi di mana bateri membengkak ini jarang berlaku tetapi ada juga yang berlaku. Jika telefon anda hanya terasa panas, mungkin ia bukan disebabkan oleh bateri. Tetapi jika anda dapati ia kelihatan seperti bengkak atau telefon anda terasa panas tidak seperti biasanya, anda harus bertindak dengan cepat.

#2. Sekiranyan Telefon Anda Sedang Dicas

kredit : HTG

Apabila anda mengecas telefon anda, ia akan mengeluarkan sedikit jumlah haba. Ini hanyalah kesan sampingan tindak balas kimia apabila anda mengecas bateri anda. Tetapi jika telefon anda terasa lebih panas daripada biasa, mungkin pengecas anda mempunyai masalah.

Read More  Review Aplikasi: Swafoto dengan Kamera Belakang Telefon Pintar

Ini adalah apa yang boleh anda lakukan :

  • Unplug telefon anda dan biarkan ia menyejuk.
  • Cuba cas ia semula menggunakan pengecas original (atau pengecas lain yang berkualiti tinggi), atau cuba pengecas yang berbeza daripada yang anda gunakan sekarang.
  • Jika telefon masih terlalu panas, hubungi pengeluar.  

#3. Sekiranya Telefon Anda Berada Di Bawah Suhu Yang Tinggi

kredit : HTG

Cara yang paling mudah untuk membuatkan telefon pintar anda menjadi panas adalah dengan membiarkannya di bawah suhu yang terlampau panas seperti di bawah matahari (atau di dalam kereta pada hari yang sangat panas).

Kebanyakan telefon pintar hanyalah kepingan plastik hitam atau logam yang berfungsi dengan sangat baik untuk menyerap haba. Jadi apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda tertinggal telefon anda di bawah suhu yang sangat panas?

Ini adalah apa yang boleh anda lakukan :

  • Matikan telefon anda dan letakkan ia di tempat yang lebih sejuk.
  • Jangan biarkan telefon anda terdedah kepada matahari semasa anda berada di luar.

Ya, anda hanya perlu membiarkan telefon anda menyejuk dengan mematikan ia dan meletakkan ia di tempat yang sejuk. Dan sebagai langkah keselamatan, anda perlu menutup telefon anda semasa anda berada di kawasan yang betul-betul panas atau di bawah matahari terik kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk sekiranya ia diguna di dalam keadaan tersebut.

#4. Sekiranya Telefon Anda Dibawah Beban Berat

kredit : HTG

Jika anda selalu bermain permainan 3D, mengedit video, atau melakukan tugas intensif yang lain, itu adalah perkara biasa untuk telefon anda menjadi panas. Perkara yang paling teruk yang akan berlaku pun hanyalah bateri anda akan cepat habis dan jika anda melakukan tugas yang terlalu berat, telefon anda mungkin akan mula panas.

Read More  Bagaimana Untuk Melihat Sejarah Lokasi Google Maps

Setiap generasi telefon yang baru biasanya lebih berkuasa daripada generasi yang lama. Ini bermakna, setiap permainan baru dan aplikasi akan memerlukan lebih banyak kuasa untuk berfungsi dengan baik.

Meskipun semua permainan dan aplikasi ini masih boleh berfungsi pada peranti yang lama / tua, ia mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk berfungsi dengan baik dan lama tanpa sebarang masalah pada peranti lama itu.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah kerana telefon anda tidak dapat menjalankan aplikasi yang anda mahu, anda mungkin perlu menaik taraf telefon anda itu.  

#5. Sekiranya Telefon Anda Baru Sahaja Dinaiktaraf

Apabila anda menaik taraf perisian di dalam telefon anda terutamanya untuk versi utama, ia selalunya perlu melakukan banyak pemprosesan di belakang. Sebagai contoh, di dalam iOS 10, Apple telah menambah tag foto secara automatik untuk aplikasi Photos di mana ia akan mengenali setiap wajah dan objek.

Setiap foto baru yang anda ambil akan ditandakan (tagged) secara automatik, tetapi bagaimana pula dengan beribu-ribu gambar yang ada dalam Camera Roll anda?

Sebenarnya, selepas beberapa hari anda sudah menaik taraf telefon anda, semasa anda tidak menggunakannya, pada waktu inilah ia akan mengakses semua foto anda dan menandakannya. Dan inilah yang menyebabkan telefon anda akan mula memanas dan ia adalah normal jadi anda tidak perlu risau.

Dan situasi yang sama berlaku untuk setiap naik taraf yang anda lakukan. Telefon anda mungkin akan panas untuk beberapa hari dan akan kembali normal selepas itu.

Tetapi jika keadaan tidak kembali normal selepas seminggu atau lebih, mungkin terdapat masalah pada telefon anda, jadi anda harus merujuk pengeluar anda tetapi untuk kebanyakan masanya, ia cuma bersifat sementara.    

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...