Sistem Linux Anda 32-bit Atau 64-bit?

157

Kebanyakan komputer moden masa kini menjalankan sistem operasi 64-bit. Tetapi meskipun sesuatu komputer itu mampu menyokong 64-bit, tidak semestinya ia menjalankan sistem operasi 64-bit itu.

Artikel ini akan menunjukkan cara bagaimana hendak melihat sistem operasi yang dijalankan oleh komputer anda samada Linux versi 32-bit ataupun 64-bit.

kredit : HTG

Sekadar perkongsian, kami lebih mengesyorkan anda untuk menggunakan Linux versi 64-bit. Ini kerana anda akan mendapat prestasi dan tahap keselamatan yang lebih baik berbanding versi 32-bit.

Berikut adalah cara untuk mengetahui Linux versi apakah yang dijalankan oleh komputer anda.

Pilihan Pertama : Gunakan Iscpu Command Di Terminal

Untuk melihat samada komputer Linux anda mempunyai CPU 32-bit atau 64-bit serta melihat versi apakah yang dijalankan oleh komputer anda, anda perlu buka Terminal dan taipkan arahan berikut dan tekan Enter.

lscpu
kredit : HTG

Entri “Architecture” akan memberitahu anda jenis CPU yang anda miliki (di mana “x86_32” bermaksud 32-bit manakala “x86_64” pula bermaksud 64-bit).  Entri “CPU op-mode(s)” pula akan memberitahu Linux versi apakah yang dijalankan oleh komputer anda.

Jika anda menjalankan versi 64-bit, anda akan melihat kedua-dua 32-bit dan juga 64-bit di dalam senarai. Ini kerana 64-bit boleh menjalankan kedua-dua versi Linux itu.

Tetapi, sekiranya anda hanya melihat 32-bit sahaja yang disenaraikan, ini bermaksud anda menjalankan Linux versi 32-bit.

Pilihan Kedua : Gunakan Graphical Interface

Jika anda lebih suka menggunakan alat grafik untuk mengetahui samada sistem anda adalah 32-bit ataupun 64-bit, anda boleh klik pada menu “System” (iaitu butang gear) di bahagian atas kanan skrin anda dan kemudiannya pilih pada pilihan “System Settings” daripada menu dropdown itu.

Read More  Apakah Itu “Corrupted File” Dan Adakah Ada Cara Untuk Mendapatkannya Kembali?
kredit : HTG

Di dalam tetingkap “System Settings”, klik dua kali pada ikon “Details” di bahagian “System”.

kredit : HTG

Di dalam tetingkap “Details”, di bahagian tab “Overview”, lihat pada entri “OS type”. Anda akan melihat samada “64-bit” atau “32-bit” disenaraikan bersama dengan maklumat asas mengenai sistem Ubuntu anda.

kredit : HTG

Ambil perhatian bahawa tidak seperti arahan Terminal, tetingkap “Details” hanya akan menunjukkan kepada anda jenis OS apakah yang anda jalankan dan bukan senibina (architecture) sistem anda.

Ini bermakna jika anda menjalankan Linux versi 32-bit, anda masih tidak tahu samada komputer anda boleh menyokong versi 64-bit ataupun tidak. Untuk itu, anda perlu menggunakan arahan lscpu seperti yang kami nyatakan di bahagian sebelumnya untuk mengetahuinya.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...