Cara Untuk Menukar Alamat IP Anda Melalui Command Prompt di Linux!

203

Mungkin ramai daripada anda yang menukar alamat IP di Linux anda melalui graphic interface kerana ianya jauh lebih senang dan mudah, betul tak? Tetapi tahukah anda, anda boleh mengubah alamat IP anda itu melalui arahan yang mudah di command line juga?

kredit : HTG

Trik ini berfungsi pada semua distro Linux berasaskan Debian termasuklah Ubuntu. Untuk bermula, taip ifconfig pada terminal prompt dan kemudiannya tekan Enter.

kredit : HTG

Arahan yang baru sahaja dimasukkan ini akan menyenaraikan semua interface rangkaian yang terdapat pada sistem tersebut (seperti pada rajah di atas), oleh itu perhatikan nama interface yang anda mahu ubah alamat IP-nya.

Untuk mengubah tetapan ini, anda masih perlu menggunakan arahan ifconfig ini, tetapi pada kali ini anda perlu menambah beberapa parameter. Arahan yang berikut akan mengubah interface rangkaian yang bernama “eth0” untuk menggunakan alamat IP 102.168.0.1 dan memberikan subnet mask sebagai 255.255.255.0:

sudo ifconfig eth0 192.168.0.1 netmask 255.255.255.0
kredit : HTG

Nilai yang kami masukkan hanyalah sekadar contoh. Sudah pastinya anda boleh menggantikan apa sahaja nilai yang anda mahu pada alamat IP anda itu. Jika anda menjalankan ifconfig sekali lagi, anda akan melihat interface anda akan kelihatan seperti yang sudah anda tetapkan itu tadi.

kredit : HTG

Jika anda perlu menukar Default Gateway yang digunakan oleh interface rangkaian itu, anda boleh menggunakan arahan ‘route’.  Arahan di bawah adalah contoh untuk menetapkan default gateway untuk interface “eth0” kepada 192.168.0.253:

sudo route add default gw 192.168.0.253 eth0
kredit : HTG

Untuk melihat tetapan baru anda itu, anda perlu memaparkan routing table. Taipkan arahan berikut pada prompt, dan kemudian tekan Enter:

route -n
kredit : HTG

Itu sahaja langkah yang perlu anda ketahui dan ikuti untuk mengubah alamat IP anda dari terminal. Mudah kan? Selamat mencuba!

Read More  CTRL+Enter Bakal Menjadi Kawan Anda!
Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...