Cara Untuk Membuka Terminal Berskrin Penuh Di Mac Menggunakan Pintasan Papan Kekunci!

192

Kebanyakan pengguna Mac menghabiskan masa mereka di Terminal tetapi ada sesetengah daripada mereka hanya membuka Terminal sekali sekala sahaja. Anda terdiri dari golongan yang mana?

Tetapi sebelum itu, jika kita mahu membuka sesuatu interface yang berasaskan teks menggunakan tetikus, pasti rasa macam pelik kan? Apakah ada cara untuk membuka Terminal yang berskrin penuh dengan hanya menggunakan pintasan di papan kekunci?

kredit : HTG

Jawapannya ya! Anda boleh menetapkan ini sendiri dengan menggunakan iTerm iaitu satu alternatif untuk Terminal yang boleh disuaikan dengan apa-apa sahaja cara! Sudah pastinya ia adalah cara terbaik untuk membuka Terminal macOS anda.

Salah satu ciri yang menarik yang kami sukai di iTerm ialah hotkey window-nya di mana kami menggunakannya untuk mencipta Terminal yang berskrin penuh. Di bawah ialah bagaimana ia kelihatan.

kredit : HTG

Teruja? Ayuh kita mulakan!

# Langkah 1 : Muat Turun Dan Pasang iTerm 

Langkah yang pertama adalah mudah. Pergi ke laman web iTerm dan muat turun program tersebut. Anda boleh memasang program ini dengan unzipped kan ia dan seretkan (drag) ikon tersebut pada Applications.

kredit : HTG

Apabila anda menjalankan iTerm, anda akan perasan ianya tidak jauh beza dengan Terminal lalai (default) anda.

kredit : HTG

Terdapat banyak fungsi yang tersembunyi di dalam tetapannya dan kita akan melihatnya nanti.

#Langkah 2 : Dayakan Hotkey Window

Klik “iTerm2” dalam bar menu, dan kemudian pilih pilihan “Preferences“, dan seterusnya pergi ke bahagian “Keys“. Di bahagian bawah sebelah kiri, anda akan melihat satu butang yang dinamakan “Create a Dedicated Hotkey Window”. Klik padanya dan menu akan muncul.

kredit : HTG

Konfigurasikan semua ini mengikut keinginan anda. Kami lebih suka menggunakan pintasan Option + Space kerana ia sama dengan Spotlight tetapi tanpa overlapping, tetapi anda boleh menggunakan apa-apa sahaja yang anda mahukan.

Read More  Lindungi Mata Anda Dari Cahaya Telefon Bimbit Yang Membahayakan Dengan Blue Light Filter

Anda juga boleh tetapkan tetingkap ini untuk dibuka apabila anda mengklik ikon dock iTerm, tetapi ianya terpulang pada anda. Klik “OK” apabila anda sudah selesai.

kredit : HTG

Sekarang, gunakan pintasan papan kekunci yang baru anda tetapkan tadi dan anda akan melihat tetingkap hotkey (hotkey window) lalai, yang mana ia mengambil ruang sebanyak separuh skrin.

kredit : HTG

Jika anda suka ia kelihatan begini dan berfungsi, tahniah! Anda sudah selesai dengannya. Tetapi sekiranya anda mahu melihat Terminal berskrin penuh seperti nyang ditunjukkan di tangkapan skrin yang awal, anda perlu melakukan sedikit kerja tambahan seperti di bawah.

# Langkah 3 : Ubah Cara Ia Kelihatan Dan Rasa

Pergi ke bahagian Profiles di dalam tetingkap Preferences dan pastikan profil “Hotkey Window” sudah dipilih.

kredit : HTG

Seterusnya, pergi ke bahagian “Text” di panel kanan. Sekiranya anda mahukan Terminal yang berskrin penuh, kami cadangkan anda mengubah font anda kepada sesuatu yang lebih besar kerana jika tidak, ia akan tenggelam di dalam ruang hitam. Kami menggunakan 18pt Monaco tetapi anda boleh gunakan kombinasi font yang anda sukai.

kredit : HTG

Sekarang, pergi ke Window dan tetapkan menu dropdownStyle” kepada “Fullscreen”.

kredit : HTG

Anda juga bebas untuk mengubah tetapan Transparency dan Blur sehinggalah anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda juga boleh buang ketelusan ini dan menjadikan latar belakangnya sebagai hitam pekat. Semuanya terserah pada anda. Di bawah ialah bagaimana kami menetapkannya untuk kami.

kredit : HTG

Sekiranya Terminal tunggal sahaja tidak mencukupi, anda boleh membahagikan skrin secara menegak menggunakan Command + D (atau melintang menggunakan Command + Shift).

kredit : HTG

Anda juga boleh mengubah di antara panes dengan hanya menggunakan Command + Option dan juga kekunci anak panah. Dengan cara ini, anda boleh mempunyai beberapa perkara yang berbeza dijalankan pada masa yang sama dan semuanya boleh diubah dengan pantas dengan hanya menggunakan pintasan pada papan kekunci.

Read More  Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Simpan Kata Laluan di Chrome/Mozilla/ Dan Mana-Mana Pelayar?

Jika anda tidak pasti bagaimana hendak menggunakannya, jangan risau. Terdapat pelbagai arahan yang boleh anda gunakan di mana ia membolehkan anda melakukan perkara seperti mendengar muzik atau mengemas kini aplikasi tanpa perlu membuka Mac App Store. Hebat kan, jadi apa tunggu lagi, cepat lakukannya!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...