Kaedah Manual Untuk Tetapkan Lokasi Tepat Anda Di Google Chrome!

198

Telefon pintar kini makin menyeronokkan, terima kasih kepada GPS yang terbina di dalamnya, triangulasi rangkaian dan banyak lagi ciri menarik di dalamnya!

Dan disebabkan itu, semua alat di dalam telefon anda itu kini boleh mengakses lokasi anda tidak kiralah samada melalui aplikasi ataupun laman web yang anda lawati.

kredit : HTG

Tetapi sekiranya anda menggunakan komputer riba atau desktop PC, lokasi yang ditunjukkan itu mungkin tidak begitu tepat kerana ia mengakses lokasi anda berdasarkan alamat IP komputer anda itu.

Lokasi tersebut mungkin tepat sekiranya anda berada di dalam kawasan bandar, tetapi jika anda berada di luar bandar, ia akan memberikan lokasi yang sedikit jauh daripada lokasi anda itu.

Jika anda memerlukan data lokasi yang tepat dan spesifik untuk dihantar / diberikan pada sesuatu laman web, advanced browser membolehkan anda menentukan lokasi anda secara manual melalui longitud dan latitud yang lebih spesifik.

Namun, jika laman web tersebut meminta lokasi anda menggunakan HTML 5 Geolocation API berbanding alamat IP anda, ia mungkin akan menunjukkan hasil yang lebih relevan.

Sekiranya tidak, anda boleh menggunakan cara yang manual ini. Pertama sekali buka halaman yang meminta / mahukan lokasi anda (pautan ini boleh digunakan sekiranya anda mahu cuba).

Tekan Ctrl + Shift + I pada Windows atau Chrome OS. Untuk macOS, tekan Cmd + Option + I. Konsol pemaju akan dibuka di sebelah kanan skrin.

kredit : HTG

Di bahagian bawah panel, tekan butang tiga titik di sebelah kiri, dan kemudiannya klik pada pilihan “Sensors”. Di bawah Geolocation, pilih “Custom location”.  

kredit : HTG

Sekarang masukkan lokasi anda berdasarkan longitud dan latitud (anda boleh gunakan alat drag-and-drop ini untuk lebih mudah).

Muat semula (reload) halaman tersebut dan benarkan akses untuk lokasi anda di tetingkap pop yang muncul dan anda akan melihat peta tersebut akan menunjukkan lokasi yang telah anda masukkan tadi.

Read More  Lima Cara Untuk Mengosongkan Ruang (Free Up Space) Pada Peranti Android Anda!
kredit : HTG

Mudah kan? Selain itu, anda boleh menetapkan lokasi palsu menggunakan alat ini dan ini mungkin lebih baik berbanding menggunakan lokasi sebenar anda untuk sesuatu laman yang anda tidak percayai.

Tetapi satu perkara yang perlu anda beri perhatian di sini ialah, tidak ada cara yang boleh dilakukan untuk menetapkan lokasi yang tetap di Chrome (atau mana-mana browser yang lain). Untuk itu, anda perlu mengulangi proses ini sekiranya anda mahu menggunakan lokasi yang tepat pada mana-mana laman web.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...