Cara Untuk Melakukan Perkongsian Skrin Pada Mac Melalui Terminal!

184

Baru-baru ini seorang pengguna MacBook Pro telah mengadu bahawa ia mengalami masalah dengan kursornya di mana kursornya tidak mahu bergerak dan ‘stuck’. Pengguna tersebut perlu menyelesaikan tugasnya secepat mungkin kerana tarikh akhir untuk beliau menghatar projeknya semakin dekat.

Apa yang mengecewakannya ialah, Apple menyatakan bahawa masalah tersebut akan mengambil beberapa hari untuk diselesaikan. Sudah semestinya pengguna itu tadi tidak dapat menunggu untuk suatu jangka masa yang tidak pasti kerana beliau perlu menyiapkan tugasnya secepat yang mungkin.

Memandangkan pengguna tersebut mempunyai Mac kedua miliknya, cara terbaik yang boleh dilakukannya ialah dengan membolehkan ciri Screen Sharing (Perkongsian Skrin) ini berfungsi.

kredit : Google

Perkongsian ini boleh dilakukan melalui Terminal di mana ia akan memberikan akses untuk komputer riba yang rosak itu kepada pengguna tadi. Ini sudah semestinya jalan yang terbaik dan pantas agar pengguna tersebut dapat menyiapkan tugasnya.

Ada sesetengah orang berpendapat, masalah ini boleh diatasi dengan hanya menyambung tetikus USB atau melakukan sandaran (backup) pada peranti lain sehinggalah komputer tersebut sudah baik tetapi masalahnya ialah ia tidak dapat berfungsi untuk semua orang.

Dalam kes di atas, tetikus USB bukanlah penyelesaian terbaik dan melakukan sandaran juga bukan penyelesaian terbaik kerana data-data yang pengguna itu gunakan tadi mungkin sulit. Keselamatan data harus diutamakan dalam kes ini dan oleh itu cara terbaik ialah melakukan perkongsian skrin melalui Terminal.

Sekiranya anda juga mengalami masalah seperti di atas, anda boleh ikuti cara di bawah untuk menggunakan ciri perkongsian skrin melalui Terminal ini di komputer riba anda.

  1. Navigasi ke Applications > Utilities dan lancarkan Terminal. Jika anda bekerja menggunakan papan kekunci (keyboard) sahaja, tekan Command + Space Bar untuk melancarkan Spotlight dan kemudian masukkan Terminal di dalam kotak carian untuk melancarkan aplikasi tersebut.
  2. Masukkan arahan berikut ke dalam Terminal dan tekan Enter untuk melaksanakannya (execute it). Anda akan diminta untuk memberikan kelayakan admin sebelum dapat memproses arahan itu.
sudo /System/Library/CoreServices/RemoteManagement/ARDAgent.app/Contents/Resources/kickstart -activate -configure -access -off -restart -agent -privs -all -allowAccessFor -allUsers

Arahan di atas akan berfungsi untuk hampir kesemua orang dan setiap masa kerana ia menggunakan kaedah kickstart untuk membolehkan pengurusan jarak jauh seterusnya membolehkan ciri Screen Sharing ini berfungsi untuk semua peranti.

Read More  Bina Laman Web Kurang Dari 4 Minit Dengan Instaweb

Walaubagaimanapun, ini bukanlah kaedah yang paling selamat dan tidak disyorkan untuk anda gunakannya untuk jangka waktu yang panjang kerana risikonya agak tinggi. Ini kerana ia bukanlah akses yang sah yang boleh anda gunakan dan agak bahaya dari segi keselamatan data anda. Tetapi ia akan berfungsi sebagai penyelesaian terbaik buat sementara waktu.

Jika anda seorang yang mementingkan keselamatan data anda, anda boleh masukkan arahan di bawah untuk menggunakan ciri perkongsian skrin ini.

sudo defaults write /var/db/launchd.db/com.apple.launchd/overrides.plist com.apple.screensharing -dict Disabled -bool false sudo launchctl load -w /System/Library/LaunchDaemons/com.apple.screensharing.plist

Kini, Mac anda sudah membenarkan ciri perkongsian skrin ini dan ia boleh diakses dari jauh dari mana-mana komputer Apple lain. Anda boleh lancarkannnya dan masukkan nama komputer Mac anda atau alamat IP untuk menggunakannya.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...