Cara Mudah Untuk Menyimpan Imej WEBP Google Sebagai JPEG Atau PNG!

269

Jika anda perasan, format imej WEBP baru dari Google ini sangat menarik disebabkan oleh sistem pemampatannya (compression) yang unik! Ia boleh memaparkan imej kira-kira dua pertiga dari saiz imej yang sama dalam format JPEG atau PNG.

kredit : HTG

Tetapi ia masih tidak disokong oleh beberapa alat / perisian foto seperti Windows photo viewer. Sekiranya anda mahu menyimpan imej WEBP ini sebagai format yang biasa digunakan, ikuti cara-cara untuk melakukannya di bawah.

Buka pelayar (browser) Chrome atau Opera pada mana-mana platform. Anda harus menggunakan dua pelayar ini sahaja kerana cuma pelayar ini sahaja yang menyokong paparan imej WEBP.

kredit : HTG

Pergi ke halaman yang menggunakan imej WEBP ini seperti di mana-mana aplikasi di play.google.com.

kredit : HTG

Klik kanan atau tekan lama pada salah satu imej tersebut dan kemudian klik pilihan “open image in new tab”. Imej WEBP itu tersebut akan dibuka pada tab baru dan URL yang berada di bahagian atas tab tersebut adalah pautan terus ke asset imej itu.

kredit : HTG

Klik pada bar URL itu dan padamkan tiga aksara terakhir di dalam alamat itu (iaitu “-rw”) dan kemudiannya tekan “Enter”. Imej yang serupa akan dipaparkan semula tetapi kali ini ia diberikan di dalam format aslinya iaitu JPEG atau PNG.

kredit : HTG

Klik kanan atau tekan lama pada imej tersebut dan kemudian pilih “save image as” pada pilihan yang muncul. Ia akan dimuat turun dalam format asalnya seperti mana-mana fail yang lain.

Sumber : How To Geek
Read More  Inilah Cara Untuk Menghantar Rakaman Audio Menggunakan MMS Pada Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...