Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Tidak Menemui Layers Panel (Atau Panel Lain) Di Photoshop?
Photoshop adalah program yang sangat fleksibel. Untuk mengekalkan interface yang fleksibel itu, Photoshop menggunakan “Panel” untuk setiap alat atau cirinya.
Jika anda mengikuti artikel kami yang terdahulu, semua tutorial Photoshop yang telah kami tunjukkan menyentuh mengenai penggunaan Panel ini. Dalam bahasa mudahnya Panel adalah sesuatu yang anda harus gunakan di dalam Photoshop anda. Tetapi bagaimana jika anda tidak dapat mencarinya?

Memandangkan interface Photoshop ini adalah mudah untuk disuaikan (customizable), jadi tidak ada masalah jika anda tidak dapat mencarinya. Kami pasti anda juga mungkin kerap telah tertutup dengan tidak sengaja atau tersalah letak panel-panel ini seperti Layers Panel.
Anda tidak perlu bimbang kerana jika anda tidak dapat mencari panel anda, anda hanya perlu pergi ke menu Window anda. Untuk melihat Layers Panel semula, klik “Layers”.

Apabila anda sudah menekan “Layers”, Layers Panel tersebut akan kembali muncul dalam ruang kerja anda dan tersedia untuk digunakan. Itu sahaja, mudah kan?

Lakukan proses yang sama sekiranya anda tidak menjumpai panel yang lain. Itu sahaja, selamat mencuba!
Komen