WhatsApp Telah Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Telefon Dan Sistem Operasi Yang Lama!

140

Tahukah anda WhatsApp telah menamatkan sokongan untuk beberapa telefon pintar yang lama termasuklah beberapa peranti Blackberry dan juga Windows, menurut laporan daripada syarikat itu.

Paltform baru yang telah ditamatkan ini termasuklah Blackberry OS dan Balckberry 10, Windows 8 dan yang lebih tua. Android versi 2.3.3 dan yang lebih tua serta iOS 6 juga telah lama ditamatkan.

Servis yang telah dihentikan ini mungkin akan memberi kesan kepada pengguna terutamanya ahli perniagaan atau mereka yang terlibat dengan dunia perniagaan yang menggunakan telefon lama.

Sistem operasi yang lama tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi host untuk beberapa ciri WhatsApp yang baru dan yang akan datang dan itulah sebab utama kenapa ia telah ditamatkan.

kredit : Google

Untuk terus menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu menaik taraf sistem operasi mereka. WhatsApp mengesyorkan pengguna menggunakan sekurang-kurangya Android OS 4.0, iOS 7, Windows 8.1 atau yang lebih baru.

Pengumuman itu juga menyatakan bahawa tidak ada cara untuk memindahkan chat history ke peranti baru, tetapi ada cara untuk mengeksport chat history pengguna iaitu melalui emel. Ikuti panduan untuk melakukannya pada Blackberry OS, Blackberry 10 dan Windows.

Beberapa platform juga tidak dapat mencipta akaun baru lagi tetapi dapat terus menggunakan aplikasi buat masa ini. Selain itu, servis pada Nokia S40 dijangka akan berfungsi sehingga akhir hujung tahun 2018 sahaja, dan Android 2.3.7 dan ke bawah akan kehilangan akses ini menjelang 1 Februari 2020.

Sumber : Tech Republic
Read More  Cara Terbaik Untuk Melakukan Panggilan Video Dari Windows, Mac, iPhone, Atau Android!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...