Cara Untuk Menghentikan Microsoft Word Dari Menganggap Perkataan Singkatan Sebagai Kesalahan!
Kebiasaannya, Microsoft Word akan menandakan bahasa singkatan seperti “I’m”, “don’t” dan “doesn’t” sebagai kesalahan tatabahasa dan ia akan meletakkan garis putus-putus di bawah perkataan tersebut. Jika anda sedang bekerja dengan dokumen yang panjang, ianya mungkin agak menjengkelkan, betul tak?

Ia mungkin berguna di dalam sesetengah keadaan tetapi untuk kebanyakan masa ia sebenarnya agak menjengkelkan. Dan disebabkan ini, Microsoft Word memberikan pilihan kepada anda samada mahu menggunakannya ataupun tidak.
Sekiranya anda mahu mengubah tetapan ini, pergi ke butang “File” di bahagian atas sebelah kiri Microsoft Word.

Kemudian, klik “Options” di sudut kiri bahagian bawah menu yang muncul.

Klik pada kategori “Proofing” di sebelah kiri tetingkap “Word Options”.

Tatal ke bawah dan klik butang “Settings” di sebelah kanan “Writing Styles” di bawah bahagian “When correcting spelling and grammar in Word”.

Tatal ke bawah di dalam tetingkap “Grammar Settings” yang muncul dan nyahtandakan pilihan “Contractions” di bawah “Formal Language”.
Dalam bahasa mudahnya, sekiranya pilihan tersebut diaktifkan, Word akan memberi amaran mengenai singkatan ini. Dan jika pilihan tersebut dinyahaktifkan, Word akan mengabaikan semua bahasa singkatan.
Klik “OK” untuk menyimpan perubahan anda ini.

Kini, Word tidak akan memberi amaran kepada anda mengenai kontraksi atau singkatan ini lagi samada pada dokumen semasa anda atau pada masa akan datang.
Jika anda merasakan anda mahu menghidupkan semual fungsi ini, kembali lagi ke proses ini dan tandakan (check) pada kotak “Contractions” dan klik “OK”. Word akan menghidupkan fungsi ini semula dan akan menandakan singkatan sebagai kesalahan tatabahasa.
Komen