Bagaimana Hendak Membaiki Masalah Google Maps Yang Kosong Di Chrome?

637

Pernahkah anda pergi ke Google Maps di komputer anda untuk melihat sesuatu tempat / peta tetapi apa yang anda lihat hanyalah grid-grid kosong? Ianya sangat menjengkelkan terutama sekali ia berlaku tanpa alasan yang kukuh.

kredit : HTG

Meskipun anda hanya dapat melihat grid-grid kosong ini, namun ianya masih boleh digunakan. Anda boleh melakukan carian dan masukkan alamat yang lebih spesifik tetapi hasilnya mungkin tidak akan memuaskan anda. Ia akan kelihatan seperti di bawah.

kredit : HTG

Salah satu sebab kenapa ia terjadi adalah disebabkan oleh cookie yang Google tinggalkan di dalam browser anda. Oleh itu, jika anda mahu segalanya kembali dalam keadaan asal, anda perlu memadamnya.

Untuk memadam cookie tertentu (dan elakkan dari terpadam cookie lain yang membolehkan perkara seperti log masuk “remembered” berfungsi), anda perlu melakukan carian di dalam menu tetapan di Chrome.

Untuk melakukannya, klik pada butang menu iaitu tiga titik menegak di sebelah kanan bahagian atas tetingkap browser dan kemudiannya klik “Settings”.

kredit : HTG

Tatal ke bahagian bawah halaman dan klik “Advanced”. Di bawah bahagian “Privacy and security”, klik Content Settings”.

kredit : HTG

Setelah itu, klik “Cookies”. Di halaman seterusnya yang muncul, klik “See all cookies and site data”.

kredit : HTG

Anda akan dapati terdapat bar carian di penjuru atas kanan menu (yang lebih kecil dan bewarna putih, bukannya biru). Taipkan www.google.com ke dalam bar carian itu. Anda harus sempitkan (narrow) pencarian itu kepada satu entri.

Maksudnya, sekiranya anda berada di luar US, gunakan URL Google setempat anda seperti www.google.co.uk untuk United Kingdom. Klik entri tersebut di dalam senarai yang diberikan.

kredit : HTG

Hasilnya, anda akan melihat banyak cookie yang berbeza dan spesifik untuk browser dan juga akaun Google anda. Dan anda perlu tahu, cookie yang bernama “gsScrollPos” inilah yang menyebabkan Google Map anda kelihatan kosong. Anda mungkin akan melihat nama tersebut dengan banyak dan ia mungkin diikuti dengan tiga ke empat nombor pada label tersebut.

Read More  Komputer Anda Digodam! Apa Perlu Anda Lakukan?

Anda sudah menemui puncanya tetapi masalahnya kini ialah anda tidak mengetahui cookie manakah yang menyebabkan bug atau masalah ini. Oleh itu, cara yang terbaik ialah padam kesemuanya dengan mengklik ikon “X” di bahagian kiri kolum tetapan. Ulangi proses ini untuk semua cookie yang berlabel “gsScrollPos”.

kredit : HTG

Apabila anda sudah selesai, buka tab baru dan pergi balik ke maps.google.com. Ia akan kelihatan normal sekarang.

kredit : HTG

Anda boleh mendapat hasil yang sama dengan hanya membersihkan semua cookies anda. Pergi ke ikon menu “Settings”, klik “More tools” dan kemudiannya “Clear browsing data”. Tetapi ianya tidak disarankan kerana ia akan melog keluar anda daripada kebanyakan laman web.

Malangnya, semua bug ini cenderung untuk kembali lagi. Anda hanya perlu melakukan proses yang sama untuk membuangnya. Sebagai alternatif, anda boleh membuka Google Maps di dalam tab Incognito untuk melihat sesuatu peta tanpa perlu membuang sebarang cookie. Anda boleh membaca artikel dari How To Geek ini untuk melakukannya.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...