Cara Untuk “Untrust” Sesuatu Komputer Pada iPhone Atau iPad Anda

362

Apabila anda menghubungkan iPhone atau iPad anda pada sesuatu komputer untuk kali pertama, anda akan diberikan satu kotak dialog untuk “trust” ataupun “untrust” komputer tersebut.  Dalam bahasa mudahnya, adakah anda mempercayai komputer itu ataupun tidak pada peranti anda itu.

kredit : HTG

Jika anda mempercayainya, ia akan memberikan iTunes dan juga alat pengurusan lain pada komputer anda keupayaan untuk mengakses foto, fail, tetapan, kenalan dan lain-lain data anda. iPhone atau iPad anda akan mengingati keputusan ini dan akan mempercayai komputer tersebut pada masa akan datang.

Sekiranya anda mahu mengubah fikiran anda, mungkin anda tidak mempercayai komputer tersebut atau anda tersalah mempercayai sesuatu komputer itu, anda tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk mengatasinya. Tetapi tidak ada cara yang “terus” untuk melakukannya.

Bagaimana Hendak “Untrust” Semua Komputer

Sebenarnya, Apple tidak memberikan cara atau fungsi untuk menguruskan senarai komputer yang dipercayai ini. Sebaliknya, anda hanya boleh memadam seluruh senarai komputer yang dipercayai dengan membersihkan lokasi & privasi atau tetapan rangkaian anda.

Ini mungkin kelihatan seperti menjengkelkan, tetapi sebelum kemunculan iOS 8, anda perlu menetapkan semula (reset) keseluruhan iPhone / iPad anda sekiranya anda mahu “untrust” sesuatu komputer. Ianya jauh lebih menjengkelkan!

Untuk melakukan ini, pergi ke Settings > General > Reset on your iPhone or iPad. Klik pada pilihan tetapan “Reset Location & Privacy”.

kredit : HTG
kredit : HTG

Ia akan menetapkan semula semua tetapan lokasi dan juga privasi anda di samping memadam senarai komputer yang dipercayai. Ini yang anda mahukan, betul tak?

Selepas ini, anda mungkin perlu ke Settings > Privacy dan menyusun semula tetapan lokasi dan juga privasi anda.

Read More  6 Tips Untuk Elakkan Phishing, Malware, Scam dan Godam Semasa Membeli-belah Dalam Talian!

Sekiranya anda tidak mahu membersihkan tetapan lokasi dan juga privasi anda, anda boleh memilih pilihan “Reset Network Settings” pada skrin “Reset” juga. Ia akan menghapuskan semua tetapan rangkaian anda termasuklah memadam semua kata laluan Wifi yang disimpan.

Ianya mungkin lebih mudah untuk menyusun semula tetapan privasi anda berbanding perlu menaip semula semua kata laluan Wifi itu, betul tak?

Selepas ini, apabila anda mahu sambungkan iPhone atau iPad anda pada komputer yang pernah dipercayai sebelum ini, anda akan ditanya sekali lagi samada anda mahu mempercayainya atau tidak. Itu sahaja, selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...