Cara Untuk Mengubah Nama Peranti Yang Berhubung Dengan Google Wifi Anda!
Salah satu ciri menarik mengenai Google Wifi ialah anda boleh melihat semua aktiviti yang berlaku pada rangkaian anda untuk semua peranti anda. Tetapi masalahnya ialah, kebanyakan peranti ini tidak menunjukkan nama peranti mereka yang sebenar. Oleh itu, sukar untuk anda tentukan peranti manakah yang berhubung dengan rangkaian anda itu.

Tetapi, jangan risau kerana anda boleh mengubah nama peranti yang berhubung dengan rangkaian anda itu dengan mudah! Pertama sekali anda memerlukan senarai semua peranti anda yang berhubung dengan rangkaian tersebut.
Untuk melihat senarai tersebut,
- Buka aplikasi Google Wifi dan klik pada tab kedua.
- Klik pada pilihan “Devices”.


Dengan melakukan ini, anda dapat melihat senarai semua peranti yang aktif di rangkaian anda. Mudah, kan? Carilah nama peranti yang anda rasa tidak mempunyai nama yang sesuai (contohnya Android-5). Klik pada nama peranti tersebut dan kemudian pergi ke tab “Details”.


Apabila anda sudah berada di tahap ini, ianya akan menjadi sedikit rumit. Di sini, anda perlu mengetahui peranti apakah / yang manakah yang berhubung dengan rangkaian anda ini.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu Google Wifi, perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat di unit manakah peranti tersebut dihubungkan?

Di dalam contoh di atas, peranti Android-5 disambungkan dengan Office Wifi kami, jadi sekurang-kurangnya kami sudah mengetahui di mana ia berhubung dengan rangkaian Google Wifi kami.
Daripada maklumat tersebut, langkah seterusnya yang boleh anda lakukan ialah mengenalpasti peranti manakah yang berhubung dengan rangkaian tersebut melalui alamat IP (IP address).
Oleh itu, anda perlu mengetahui semua alamat IP pada peranti anda itu. Sekiranya anda tidak mengetahui cara untuk mencari alamat IP untuk peranti anda, anda boleh melakukan carian Google untuk mengetahuinya.


Di dalam contoh kami ini, Android 5 tersebut ialah Nexus 6P milik kami. Sebaik sahaja anda telah mengetahui peranti anda itu melalui alamat IP, anda hanya perlu klik pada ikon pensel bersebelahan dengan namanya (nama lalainya) untuk mengubahnya.

Berikan peranti tersebut nama yang sesuai supaya anda dapat mengenalpastinya di masa hadapan, dan kemudiannya klik butang “Save”. Kini, anda sudah selesai!

Sekarang, lakukan proses yang sama ini untuk semua peranti anda yang berhubung dengan rangkaian anda itu supaya anda dapat mengetahui peranti manakah yang berhubung dengan rangkaian anda dan melihat aktiviti mereka di rangkaian tersebut.
Komen