Bagaimana Hendak Menggunakan Gmail Di Luar Talian?

425

Sesiapa yang menggunakan e-mel pasti sudah mengetahui bahawa pemprosesan e-mel ini memerlukan sambungan Internet yang kuat. Tetapi apakah ada cara untuk anda mengakses e-mel anda ini di luar talian tanpa sambungan Internet?

Jawapannya ada! Anda bernasib baik sekiranya anda menggunakan Gmail kerana anda boleh mengaksesnya di luar talian tanpa sambungan Internet. Ayuh kita lihat bagaimana hendak menggunakan Gmail ini di luar talian.

kredit : MUO

Baca Ini Sebelum Anda Bermula

Gmail di luar talian ini atau dikenali sebagai aplikasi Gmail Offline ini hanya boleh dilakukan melalui Google Chrome sahaja. Anda tidak boleh menetapnya sebagai umum (public) atau berkongsinya dengan komputer lain kerana e-mel tersebut disimpan di dalam storan browser di komputer anda.

Dan sudah pastinya anda memerlukan sambungan Internet yang kuat untuk menetapnya terlebih dahulu supaya anda boleh menggunakannya di luar talian. Selepas anda sudah selesai menetapkannya (setting up), anda boleh melayari e-mel anda, melakukan carian, mengarkibnya atau memadam mana-mana e-mel yang anda mahu tanpa memerlukan sambungan Internet.

Selain  itu, anda juga boleh mencipta / mengarang e-mel baru dan aturkan (queue) mereka supaya e-mel-e-mel tersebut akan dihantar sebaik sahaja anda sudah disambungkan dengan Internet. Anda sudah memahami semua perkara ini? Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara untuk melakukannya!

Bagaimana Hendak Menggunakan Gmail Di Luar Talian

#1. Dapatkan Aplikasi Gmail Offline

Buka aplikasi Gmail Offline di Chrome Web Store. Klik Add to Chrome > Add app. Kemudian, taip chrome://apps di bar alamat dan tekan Enter. Cari dan buka Gmail Offline.   

#2. Dayakan Gmail Offline

Sekiranya anda membuka aplikasi itu untuk pertama kali, anda akan diminta untuk membenarkan e-mel di luar talian seperti yang ditunjukkan di bawah.

Read More  5 Aplikasi Terbaik Untuk Digunakan Pada Instagram Anda!
kredit : MUO

Pilih Allow Offline mail dan klik Continue. Kini, ia akan mula sinkronisasikan e-mel anda untuk kegunaan di luar talian.

#3. Konfigurasikan Gmail Offline

Secara lalai, hanya e-mel dari minggu lepas sahaja yang akan disinkronisasikan. Jika anda mahu sinkronisasikan e-mel yang lebih lama, klik ikon Settings (berbentuk seperti gear) di bahagian atas sebelah kanan skrin. Anda boleh memilih samada mahu memuat turun e-mel dari minggu lalu, 2 minggu lalu atau untuk sebulan. Klik Apply untuk menyimpan perubahan tersebut.

kredit : MUO

Di dalam tetingkap yang sama, anda juga boleh memilih untuk menetapkan Vacation Responder. Ia adalah mesej auto-respons yang anda boleh hantar sebagai balasan (reply) untuk mana-mana e-mel yang masuk.

Ini membolehkan anda memberitahu pada mana-mana pengirim e-mel tersebut bahawa anda tidak mempunyai sambungan Internet pada masa e-mel tersebut dihantar dan anda akan kembali kepada mereka sebaik sahaja anda sudah disambungkan dengan Internet.

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan Vacation Responder ini.

  • Togol switch Vacation Responder ke posisi ON.
  • Tentukan Start date dan juga End date. Mesej auto-respons ini akan dihantar sebagai balasan untuk mana-mana e-mel yang masuk dalam tempoh ini.
  • Masukkan Subject dan juga Message.
  • Dayakan ciri “Only send a response to people in my Contacts”.
  • Klik Apply untuk menyimpan perubahan ini.
kredit : MUO

Bagaimana Hendak Mengakses Dan Menggunakan Gmail Offline?

Untuk membuka aplikasi Gmail Offline ini, taip chrome://apps di dalam bar alamat. Cari dan klik Gmail Offline. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyeret (drag) ikon tersebut ke bar Bookmarks untuk pin ia supaya anda boleh mengaksesnya dengan lebih cepat. (Pastikan anda mengemaskan bar Bookmarks di Chrome juga!)

Read More  YouTube Dengan Tema Gelap Dan Mod Incognito Bakal Muncul!

Interface untuk Gmail Offline ini direka berdasarkan interface Gmail di tablet. Interface ini mempunyai dual-pane setup iaitu panel kanan dan kiri. Panel sebelah kiri akan menyenaraikan semua e-mel yang masuk. Jika anda mahu mengakses folder lain, klik butang menu (tiga baris mendatar) di bahagian atas sebelah kiri seperti di rajah di bawah. Di situ anda boleh menyemak dan membuka Sent Mail, Drafts, Trash, Spam atau filter e-mel anda menggunakan Labels.

kredit : MUO

Untuk mencari e-mel anda pula, taip sahaja di kotak carian di Search bar dan tekan Enter. Aplikasi Gmail Offline ini mungkin tidak mempunyai kesemua fungsi pencarian seperti di dalam talian, tetapi anda masih boleh menggunakan fungsi advanced search untuk mencari e-mel anda.

kredit : MUO

Untuk mencipta e-mel baru pula, klik ikon Red Compose seperti di bawah. Selepas anda sudah selesai menaip mesej dan memasukkan alamat penerima, tekan sahaja Send. Mesej tersebut akan beratur di folder Outbox. Mereka akan dihantar sebaik sahaja komputer anda sudah disambungkan dengan Internet.

kredit : MUO

Itu untuk panel di sebelah kiri. Panel sebelah kanan pula akan menunjukkan kandungan mesej yang telah anda pilih di panel kiri tadi. Untuk Reply atau Forward sesuatu mesej itu, tatal ke bahagian bawah mesej. Di situ, klik Reply untuk membalas e-mel pengirim tadi atau klik Forward untuk majukan e-mel tersebut.

kredit : MUO

Anda juga boleh Archive atau Delete sesuatu e-mel itu menggunakan butang di atas bar. Untuk melihat pilihan tambahan, klik ikon anak panah kecil di sebelah butang Delete. Di situ, anda boleh memilih samada mahu memindahkan e-mel ke folder, menetapkan label, mute, report spam, dan lain-lain.

kredit : MUO

Sekiranya anda ingin memproses beberapa e-mel sekaligus, pilih e-mel yang anda mahu menggunakan kotak semak (checkbox) yang berada di sebelah mereka. Klik Archive atau Delete. Sebarang tindakan yang anda lakukan akan disinkronisasikan dengan Gmail sebaik sahaja komputer anda disambungkan ke Internet.

Read More  Bina Laman Web Kurang Dari 4 Minit Dengan Instaweb
kredit : MUO

Bagaimana Hendak Membuang Aplikasi Gmail Offline Ini?

Untuk membuang aplikasi Gmail Offline ini, anda perlu melakukan proses dua langkah ini. Langkah pertama ialah mengeluarkan semua data yang disimpan di dalam storan tempatan. Untuk melakukannya, klik butang menu (tiga titik tegak) di Chrome. Kemudian, klik Settings.

Tatal ke bahagian bawah dan klik Advanced. Kemudian, pergi ke Content Settings > Cookies > See all cookies and site data > Remove all. Satu kotak dialog pengesahan akan muncul. Klik Clear all untuk mengesahkannya.

kredit : MUO

Sekarang, memandangkan anda sudah membersihkan data yang telah disimpan, anda boleh meneruskan proses untuk membuang aplikasi Gmail Offline ini. Untuk melakukannya, taip chrome://apps di bar alamat. Klik kanan pada Gmail Offline dan klik Remove from Chrome. Itu sahaja dan anda sudah membuangnya!

kredit : MUO

Tiada Internet? Tiada Masalah Lagi!

Meskipun ciri-ciri yang ada pada Gmail Offline ini sangat terhad, tetapi ia sekurang-kurangnya telah melakukan satu kerja dengan sangat bagus. Ia membenarkan pengguna untuk menguruskan mesej di Gmail mereka di luar talian.

Jadi tiada masalah lagi jika anda berada di dalam penerbangan atau sedang berehat di tepi pantai tanpa Internet kerana anda masih boleh berurusan dengan e-mel anda!

Sumber : MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...