5 Aplikasi Terbaik Untuk Digunakan Pada Instagram Anda!

1,714

Lebih daripada 800 juta orang menggunakan Instagram setiap bulan, dan ini menjadikannya sebagai salah satu rangkaian sosial terbesar di dunia. Kami pasti anda juga merupakan salah seorang daripada pengguna Instagram, kan?

Seperti yang kita semua ketahui, Instagram telah menambah beberapa ciri yang berguna pada aplikasi Instagram seperti “Stories”, filter baru dan banyak lagi. Untuk menggunakan kesemua ciri baru ini, adalah lebih baik jika anda menggunakan aplikasi pihak ketiga. Kenapa?

Ini kerana dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga ini, post anda akan kelihatan lebih menarik sekaligus menarik lebih ramai orang untuk mengikuti akaun anda yang unik dan menarik itu.

Jika anda ingin menjadikan akaun Instagram anda lebih cantik dan menarik, anda boleh menggunakan lima aplikasi terbaik ini untuk Instagram anda!

#1. Top Nine

Seperti namanya, aplikasi ini akan menunjukkan sembilan gambar terbaik anda sepanjang tahun 2017 ini. Anda mungkin perasan, ada sesetengah pengguna atau rakan-rakan anda sendiri post gambar terbaik mereka sepanjang tahun 2017 ini, tetapi adakah anda tahu cara untuk melakukannya?

Anda boleh melakukannya melalui aplikasi Top Nine. Aplikasi ini tersedia untuk Android dan juga iOS dan ia telah dicipta oleh BetaLabs di mana ia akan melakukan kerjanya secara automatik. Anda cuma perlu memasukkan nama akaun Instagram anda di ruang/entri yang diberikan dan dengan segera ia akan melihat profil anda dan mencari gambar atau video anda yang mendapat banyak likes.

Ia kemudiannya akan membuat grid 3×3 pada foto / video tersebut dan ia akan memberikan pautan pada anda untuk memuat turunnya. Anda boleh post ia di Instagram anda. Ia berfungsi dengan sangat baik meskipun ia mempunyai watermark tetapi sekurang-kurangnya ia berguna betul tak?

kredit : MUO

Untuk memuat turunnya, ikuti pautan di bawah.

Sekiranya anda tidak mahu watermark tersebut ada pada post anda, anda boleh pergi ke aplikasi web  2017 Best Nine. Di situ, anda boleh mencari dan kongsikan sembilan foto terbaik anda dengan cara yang sama. Laman web ini juga membolehkan anda untuk menggunakan foto sahaja dan membuang video pada kolaj anda itu.

Read More  Menyatukan Data Dari Workbook Yang Berlainan Dengan Compare & Merge Workbook

#2. CutStory (iOS) / Story Cutter (Android)

Seperti yang kita semua ketahui, Instagram hanya mengehadkan 15 saat untuk anda post video di dalam Stories sama seperti jika anda mahu post video di dalam news feed anda. Tetapi bagaimana jika anda mahu post video yang melebihi 15 saat? Apakah ada cara untuk melakukannya?

Ya, ada caranya. Anda boleh menggunakan aplikasi CutStory (iOS) atau Story Cutter (Android) untuk melakukannya. Kedua-dua aplikasi ini telah dicipta untuk bypass had yang telah ditetapkan. Stories anda akan muncul dalam satu barisan iaitu satu demi satu.

Dalam bahasa mudahnya ialah kedua-dua aplikasi ini akan mengambil apa-apa video yang lebih daripada 15 saat dan membahagikannya menjadi klik 15 saat. Jadi anda perlu memuat naik satu klip demi satu klip dan ia akan kelihatan seperti satu cerita yang penuh dan lengkap!

Walaubagaimanapun, CutStory berfungsi dengan lebih tepat dan mudah untuk digunakan berbanding Cutter Story dan ini mungkin penyebab kenapa ia mempunyai watermark. Untuk membuang watermark ini, anda hanya perlu mengeluarkan satu dolar (~RM 4), agak berbaloi kan?

Sekiranya anda mahu menggunakan Cutter Story, pastikan anda kongsikan video anda itu mengikut urutan yang betul dari galeri anda. Ini kerana urutannya selalu tidak betul, oleh itu ambil perhatian semasa mahu memuat naik.

Untuk memuat turunnya, ikuti pautan di bawah.

#3. Campsite (di Laman Web)  

Jika anda perasan, Instagram tidak membenarkan pengguna untuk menambah pautan pada kapsyen di dalam foto. Satu-satunya tempat yang boleh anda tambah pautan adalah di halaman bio atau profil anda. Tetapi dengan adanya Campsite ini, pengguna boleh menambah lebih daripada satu pautan. Menarik kan?

Read More  Pengguna Spotify Percuma Kini Boleh Melangkau Iklan

Jika anda berminat untuk melakukannya, pergi ke halaman Campsite dan daftar masuk dengan akaun Instagram anda,dan anda akan melihat halaman unik dengan URL anda sendiri. Tambah pautan ini pada profil Instagram anda. Mudah kan?

kredit : MUO

Anda boleh mengedit halaman ini untuk menambah beberapa pautan yang anda mahu dan apa yang menariknya ialah semuanya dipaparkan dalam mobile-friendly interface. Jadi, ianya sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu menambah butang baru dan masukkan nama dan pautan yang diingini sekiranya anda mahu menambah pautan baru.

Anda juga boleh melampirkan (attach) pautan ini pada profil media sosial anda yang lain bersama dengan ikon mereka. Campsite adalah satu aplikasi yang sangat berguna seperti aplikasi untuk membina laman web tanpa memerlukan coding (seperti Wix.com), dan ianya sangat mudah untuk digunakan.

Apa yang penting lagi, Campsite akan memudahkan anda untuk mengedit halaman anda, jadi anda boleh menambah atau membuang pautan pada bila-bila masa sahaja.

#4. TagsDock (iOS) / Magnify (Android) 

Instagram tidak mempunyai ciri retweet jadi satu-satunya cara untuk anda mencari orang / sesuatu yang anda sukai / minati ialah melalui tab Discover. Dan untuk membuatkan post anda itu dapat dilihat oleh ramai orang, anda memerlukan banyak hashtags di dalam post anda.

Tetapi hashtags apakah yang sesuai untuk digunakan pada post anda itu? Seperti yang dapat anda lihat, terdapat banyak cara dan kaedah di luar sana untuk mencari hashtags yang sesuai supaya post anda itu mendapat banyak likes dan akaun anda diikuti oleh ramai orang.

Tetapi cara yang paling mudah untuk digunakan ialah melalui dua aplikasi ini iaitu TagsDock (iOS) dan juga Magnify (Android).

Kedua-dua aplikasi ini akan menjejaki tags yang trending untuk setiap topik yang anda minat dan ia akan mencadangkan sesuatu yang orang ramai cari / minat dan lihat. Untuk menggunakan hashtag tersebut, klik sekali untuk menyalinnya (copy) dan klik sekali lagi untuk menampalnya (paste), mudah kan?

Read More  Apa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Ingin Membeli Komputer Riba?

Magnify (pada Android) berfungsi satu langkah lebih maju berbanding TagsDock pada iOS disebabkan oleh ciri AI yang berada di dalamnya. Magnify akan melihat foto anda dan kemudiannya mengenalpasti hashtag terbaik untuknya. Jadi anda tidak perlu lagi mencari topik yang sesuai untuknya kerana Magnify akan melakukannya untuk anda secara automatik!

Untuk memuat turunnya, ikuti pautan di bawah.

#5. Instagram Map (di Laman Web)

Pada tahun 2016, Instagram telah membuang ciri Maps yang membolehkan anda browse sesuatu foto berdasarkan tempat ia diambil. Meskipun tidak ada cara untuk anda browse seperti sebelum ini, anda masih boleh mencipta peta foto anda sendiri di The Pack Data.

kredit : MUO

Berikan akses akaun Instagram anda padanya dan ia akan mengambil foto dari 90 hari lepas yang telah di geo-tagged dengan sesuatu lokasi. Foto tanpa geo-tagged ini tidak akan diambil kira, jadi tidak semua gambar anda akan digunakan.

Selain itu, anda juga boleh mengawal saiz foto tersebut melalui pratontonnya, tapis senarai itu dengan hashtags dan ubah tema peta tersebut mengikut kemahuan anda.

The Data Pack ini juga boleh dibenamkan (embeddable), jadi anda boleh menghasilkan kod untuknya dan menambahnya pada laman web atau blog anda. Mungkin anda boleh meletakkannya pada pautan bio di Campsite anda tadi?

Jadi, inilah lima aplikasi terbaik yang boleh anda gunakan bersama Instagram anda. Dengan bantuan daripada kelima-lima aplikasi ini, Instagram anda akan kelihatan lebih menarik di samping dapat menaikkan jumlah likes dan juga followers anda.

Sumber : MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...