Bagaimana Hendak Menterjemahkan Dokumen Ke Bahasa Lain Melalui Google Docs?

1,115

Terdapat lebih daripada 7,000 bahasa yang berbeza di dunia ini. Jika anda bercakap menggunakan Bahasa Inggeris, kata-kata anda mungkin difahami oleh kira-kira 15% orang sahaja di seluruh dunia, dan peratus ini adalah termasuk dengan orang yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Bagaimana dengan bahasa yang lain?

Pada akhir tahun 2017, Google telah mengumumkan beberapa penambahbaikan kepada sokongan bahasa dalam Google Docs seperti sokongan font tambahan untuk skrip bukan Latin seperti Cyrillic dan Devanagari serta ketersediaan templat dalam empat bahasa baru iaitu European Spanish, Latin American Spanish, French, dan Brazilian Portuguese. Dan baru-baru ini juga, syarikat itu telah menambah templat dalam bahasa Hindi, German, Indonesia, Jepun, Belanda, dan Cina.

Google Docs menyokong lebih kurang 70 bahasa di web, Android dan juga iOS. Mana-mana perusahaan yang perlu berhubung dengan semua orang di seluruh dunia perlukan ciri seperti ini di mana ia boleh menyokong perusahan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.

kredit : TR

Untuk mendapatkan sokongan pelbagai bahasa ini, anda perlu membenarkan (enable) perkara berikut pada interface anda iaitu penggunaan keupayaan aplikasi, kaedah input yang dapat menangkap perkataan dengan pantas, fonts yang memaparkan semua aksara dengan jelas, semakan ejaan, dan servis autocorrect yang akan mengenal sesuatu kesalahan dengan cepat dan memberikan alternatif untuk kesalahan tersebut.

Google menawarkan beberapa pilihan untuk pemilihan bahasa ini. Pada sistem di desktop, anda boleh mengubah / menukar bahasa pilihan anda dengan akaun Google sahaja. Log masuk di myaccount.google.com dan kemudian pergi ke Language & Input Tools. Jika anda berada di Chrome, pergi ke Settings > Advanced > Language.

Selain daripada itu, anda juga boleh menterjemahkan dokumen anda ke bahasa lain melalui Google Docs sahaja. Untuk melakukannya pergi ke Tools dan kemudiannya Translate Document. Pilihlah bahasa mana yang anda mahu.

Read More  Kenapakah Setiap Keyboard Menggunakan Susunan Huruf QWERTY?
kredit : TR

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh memilih teks yang anda mahu, menyalinnya (copy), dan kemudian tampal (paste) ia pada servis Google Translate di laman web https://translate.google.com atau di dalam aplikasi mudah alih.

Itu sahaja, mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...