Bagaimana Hendak Mengaburkan Sesuatu Muka Dan Juga Teks Di Photoshop?

2,969

Anda mungkin mahu mengaburkan sebahagian daripada foto di Photoshop atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ianya disebabkan oleh urusan kerja anda, permintaan daripada orang tersebut yang tidak mahu fotonya diketahui orang dan sebagainya. Tetapi adakah anda tahu caranya?

kredit : HTG

Sebenarnya anda boleh menyamarkan sesuatu dengan mudah dengan hanya menggunakan Photoshop. Berikut adalah cara untuk melakukannya.

Pertama sekali buka imej yang anda mahu kaburkan di Photoshop. Untuk contoh ini, kami akan menggunakan gambar seperti di bawah.

kredit : HTG

Kemudiannya, pilih Marquee Tool di Tool Bar (atau anda boleh menekan huruf M pada papan kekunci anda sebagai pintasan).

kredit : HTG

Dengan menggunakan alat tersebut, pilih kawasan yang anda mahu kaburkan. Di dalam contoh kami, kami akan mengaburkan muka individu yang memakai topi di sebelah kanan. Anda boleh melakukan pengkaburan ini mungkin untuk nombor passport anda, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

kredit : HTG

Setelah anda selesai memilih kawasan yang anda mahu kaburkan itu, pergi ke Filter > Blur > Gaussian Blur. Menu Gaussian Blur akan muncul dan anda akan melihat pratonton bagaimana kesannya akan kelihatan di kawasan yang anda sudah pilih itu.

kredit : HTG

Ubahlah radius di bahagian bawah menu tersebut sehinggalah anda berpuas hati dengan kesan kabur pada kawasan pilihan anda itu.

kredit : HTG

Kemudiannya klik OK dan kesan tersebut akan diaplikasikan. Anda boleh menyimpan (save) imej tersebut yang sudah dikaburkan itu.

kredit : HTG

Kesimpulannya, mengaburkan sesuatu objek adalah perkara yang paling berguna yang boleh dilakukan di dalam Photoshop. Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana hendak menggunakan emoji di dalam Photoshop, anda boleh ikuti artikel terdahulu daripada kami.

Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek
Read More  Kongsikan Kata Laluan Wi-Fi Menggunakan Kod QR di Android 10

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...