Bagaimana Hendak Menggunakan Emoji di Photoshop?

1,462

Sejak akhir-akhir ini, Emoji telah menjadi sebahagian besar daripada budaya pop. Malah sebuah filem juga telah dicipta berdasarkan Emoji ini. Tahukah anda, pada Photoshop CC 2017, Adobe telah menambahkan sokongan untuk Emoji? Oleh itu ayuh kita lihat bagaimana cara untuk menggunakannya.

kredit : HTG

Pertama sekali, buka dokumen semasa anda atau dokumen kosong di dalam Photoshop.

kredit : HTG

Kemudian, pilih “Type Tool” di bahagian “Tools Menu” ataupun dengan menggunakan pintasan “T” pada papan kekunci anda.

kredit : HTG

Di bahagian bar menu, pilih font dropdown dan taip “emoji”.

kredit : HTG

Di dalam contoh ini, kami menggunakan Mac oleh itu kami akan mendapat dua pilihan iaitu Apple Color Emoji dan juga EmojiOne Color.

Sekiranya anda menggunakan PC, anda hanya akan mendapat satu pilihan iaitu EmojiOne Color. Pilih font mana yang anda mahu guna.

Selepas anda telah memilih Emoji font tersebut, “Glyphs Panel” akan muncul.

kredit : HTG

Klik di mana-mana sahaja di dalam dokumen dan mulakan “Type Layer” dan kemudiannya pilihlah mana-mana emoji yang anda mahu tambah dengan menekan sebanyak dua kali padanya di “Glyphs Panel”.

kredit : HTG

Anda juga boleh menambah lebih banyak Emoji dengan mengklik dua kali pada mereka atau klik di tempat lain di dokumen untuk memulakan “Type Layers” dan kemudian tambah Emoji di situ.

kredit : HTG

Apa yang menarik mengenai Emoji fonts ini ialah setiap glyph adalah imej vektor. Ini bermaksud ianya boleh dibesarkan atau dikecilkan tanpa menjejaskan kualitinya.

Cuma tekan Control + T (Command + T di Mac) untuk mengakses transform tool dan resize Emoji sebesar mana yang anda suka.

kredit : HTG

Itu sahaja, mudah kan?

Emoji kini sudah menjadi sebahagian besar daripada komunikasi di antara manusia. Jadi, jika anda mahu melakukan poster untuk sesuatu acara atau mahu membuat grafik pada laman web anda, anda bolehlah menggunakan Emoji di dalam Photoshop kerana anda sudah mengetahui cara untuk melakukannya, kan?

Read More  Google Masih Mengesan Anda Walaupun "Location History" Anda Ditutup

Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...