Cara Untuk Mempercepatkan Pergerakan Animasi Pada Peranti Android Anda!

836

Kebiasaannya, peranti Android akan memaparkan animasi apabila ia beralih di antara aplikasi, tetingkap, dan pelbagai menu. Animasi ini selalunya kelihatan seperti lancar tetapi ia sebenarnya mengambil banyak masa dan kadang-kadang boleh menyebabkan telefon anda mejadi lag terutamanya jika telefon anda sudah kehabisan memori.

kredit : HTG

Tetapi berita baiknya ialah anda sebenarnya boleh mempercepatkan atau melumpuhkan kesemua animasi ini untuk memastikan telefon anda terasa seperti laju.

Kata kuncinya di sini ialah laju. Tetapi sebenarnya ia bukanlah mempercepatkan telefon anda, ia hanyalah menjadikannya seolah-olah laju kerana menu dan juga apa-apa sahaja akan dimuat dengan lebih cepat.

Tetapi jika anda mematikan fungsi animasi ini, ia akan mengambil beberapa load pada CPU/GPU dan ini pastinya akan mengurangkan masalah lag pada sistem anda yang mempunyai memori yang rendah.

Langkah Pertama : Dayakan Developer Options

Sekiranya anda belum mendayakan (enable) ‘Developer Options’, anda perlu melakukannya dulu. Untuk melakukannya, anda boleh ikuti cara untuk melakukannya dengan pantas dan mudah seperti di bawah:

  • Buka ‘Settings’ > ‘About Phone’ ( jika di Oreo, ‘Settings’ > ‘System’ > ‘About Phone’)
kredit : HTG
  • Kemudian, klik pada ‘build time’ sebanyak 7 kali.
kredit : HTG
  • Anda kini telah menjadi seorang developer (lebih kurang).

‘Developer Options’ ini akan menjadi entri baru di dalam menu ‘Settings’ (jika di Oreo, ‘Settings’ > ‘System’ > ‘Developer Options’)

Langkah Kedua: Ubah Tetapan Animasi

Teruskan dan pergi ke menu ‘Developer Options’ dan kemudiannya tatal ke bahagian ‘Drawing’.

kredit : HTG
kredit : HTG

Di situ, anda perlu mencari tiga tetapan ini iaitu:

  • Window Animation Scale
  • Transition Animation Scale
  • Animator Duration Scale
kredit : HTG

Anda perlu ubah semuanya mengikut kemahuan anda tetapi kami lebih suka jika terdapat sedikit animasi kerana ia akan mejadikannya kelihatan lebih lancar. Untuk itu, di dalam contoh di bawah, kami telah menetapkan ketiga-tiganya sebanyak .5x untuk mempercepatkannya berbanding dengan pilihan default iaitu (1x).

Read More  Cara Pantas Untuk Mengubah Peranti Audio Yang Disambungkan Dengan iPhone Anda!
Window Animation Scale. Kredit : HTG
Transition Animation Scale. Kredit : HTG
Animator Duration Scale. Kredit : HTG

Semuanya terserah pada anda. Jika anda tidak mahu melihat animasi ini, anda hanya perlu mematikannya. Sama juga sekiranya anda mahu membuatkan peranti anda yang kekurangan memori ini berasa lebih ‘ringan’, anda hanya perlu mematikan animasi ini. Oleh itu, peranti anda akan terasa lebih cepat dan laju berbanding sebelumnya.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...