Cara Sebenar Untuk Melakukan Thread Pada Tweet Anda Di Twitter!

494

Jika dahulu Twitter terkenal dengan tweetnya di mana pengguna boleh tweet apa-apa sahaja dan seberapa banyak mana yang mereka mahu tetapi hanya 140 aksara sahaja yang dibenarkan. Kini Twitter telah menambah bilangan aksara tersebut menjadi 280 aksara supaya pengguna dapat tweet dengan lebih panjang.

Tetapi apa yang menariknya, kini Twitter juga memperkenalkan ciri baru iaitu Twitter Thread. Twitter thread atau dikenali dengan tweetstorm ini adalah tweet bersiri daripada seseorang. Ianya adalah sambungan demi sambungan mengenai sesuatu topik.

kredit : HTG

Pada awalnya, ramai yang tidak menyukai ciri ini, tetapi lama kelamaan ia semakin kerap digunakan dan boleh dikatakan ia sudah ‘diterima’ oleh semua orang. Twitter telah melaraskannya (twitter thread ini) pada platformnya untuk menjadikannya lebih mudah untuk digunakan oleh pengguna.

#Nota: Semasa artikel ini ditulis, ciri ini hanya tersedia untuk aplikasi web Twitter sahaja. Ia akan dilancarkan pada Android dan iOS tidak lama lagi.

Berikut adalah cara sebenar untuk melakukan Twitter Thread @ Twitterstorm ini.

#1. Mencipta Tweetstorm Baru

Pergi ke Twitter seperti biasa dan mulakan tweet seperti biasa. Taiplah apa sahaja yang anda mahu untuk mesej pertama anda dan jika anda sudah selesai dengannya, anda boleh klik pada ikon (+) di sebelah butang Tweet untuk menambah tweet kedua anda.

kredit : HTG

Sekarang anda boleh menambah tweet kedua anda pada tetingkap yang diberikan di bawah tweet pertama anda tadi. Jika anda mahu menambah tweet ketiga, ulangi proses tadi iaitu klik pada ikon (+) hinggalah ke tweet seterusnya.

kredit : HTG

Teruskan dan tambahlah seberapa tweet yang anda mahu untuk thread anda itu. Anda juga boleh menambah imej, GIF, dan video seperti biasa.

Read More  Betulkah Ada Cara Untuk Melihat Siapa Yang Telah Melihat Profil Facebook Anda?
kredit : HTG

Jika anda sudah habis dengannya, klik butang ‘Tweet All’ untuk tweet semua thread anda sebentar tadi.

kredit : HTG

Itu sahaja. Kini anda telah mencipta thread pertama untuk tweet anda. Tahniah! Selepas ini, semua pengikut anda akan melihat tweet pertama untuk thread tersebut (mungkin dua atau lebih tweet) pada feeds mereka.

Untuk melihat keseluruhan thread untuk tweet tersebut, mereka perlu klik pada pautan “Show this thread”. Ciri ini agak bagus kerana ia tidak akan memakan ruang yang banyak pada feeds orang lain.

kredit : HTG

#2. Menambah Tweet Lain Pada Thread Tersebut

Sekiranya anda mahu menambah tweet lain pada thread tersebut, anda hanya perlu bukanya semula dan kemudian di bahagian bawahnya anda akan melihat terdapat pautan “Add Another Tweet”.  Klik pada pautan tersebut.

kredit : HTG

Taiplah apa-apa sahaja yang anda mahu dan kemudiannya klik pada butang “Tweet”.

kredit : HTG

Sekarang, tweet baru anda itu telah ditambah pada bahagian akhir thread tersebut. Itu sahaja cara dan kaedah untuk melakukan Twitter Thread / Tweetstorm ini. Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...