Cara Untuk Menyimpan Foto Dari Aplikasi “Notes” Di iPhone Anda Ke Aplikasi “Photos” Anda

376

Jika anda merupakan seorang pengguna tegar aplikasi “Notes” pada iPhone anda, anda mungkin perasan yang ianya tidak seperti aplikasi nota yang terdapat pada telefon lain. Kenapa?

Ini kerana apabila anda mengambil gambar pada aplikasi “Notes”, ia tidak akan menyimpan semua gambar tersebut secara automatik pada aplikasi “Photos” anda. Tidak seperti aplikasi nota di telefon lain, apabila anda mengambil gambar, ia akan terus menyimpannya di galeri telefon anda.

kredit : HTG

Mungkin Apple melakukan ini untuk menjimatkan ruang penyimpanan di telefon anda. Ianya mungkin tidak menjadi masalah jika anda rasa gambar tersebut tidak penting, tetapi jika anda seorang jurnalis / wartawan, anda mungkin memerlukan kesemua gambar ini, betul tak?

Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita ikuti cara untuk melakukannya.

Pertama sekali, pergi ke “Settings” dan kemudiannya pergi ke “Notes”.

kredit : HTG

Anda kemudiannya akan melihat banyak bahagian. Lihat bahagian “Media”. Di bawahnya ada pilihan “Save to Photos”. Togolkan ia ke kanan untuk mengaktifkannya.

kredit : HTG
kredit : HTG

Sekarang, apabila anda mengambil gambar dalam aplikasi “Notes” ia akan berada dan disimpan di dalam aplikasi “Photos” juga.

Mengambil gambar pada aplikasi Notes. kredit : HTG
Gambar tersebut berada di Photos juga. kredit : HTG

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek
Read More  Cara Yang Betul Untuk Membuang Virus di Komputer?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...