Bagaimana Hendak Melihat Penilaian Penumpang Anda Dari Pemandu Uber?

453

Jika anda pernah menaiki Uber, anda pastinya sudah tahu sekiranya perjalanan anda sudah tamat, anda boleh menilai pemandu anda itu daripada satu hingga lima bintang, betul tak?

Itu apa yang semua orang tahu. Apa yang anda tidak tahu, pemandu anda juga boleh menilai anda sebagai penumpangnya. Sekiranya anda mahu tahu bagaimana caranya hendak melihat penilaian yang diberikan oleh pemandu Uber kepada anda, ikuti artikel ini.

kredit : HTG

Sebelum itu, ada beberapa perkara yang kami ingin jelaskan di sini sekiranya anda tidak pernah menaiki Uber atau mengetahui bagaimana Uber ini berfungsi.

Pertama sekali, apabila anda meminta (request) sesuatu perjalanan, pemandu yang terdekat dengan lokasi anda pada masa itu akan menerima permintaan anda tersebut. Mereka mempunyai pilihan samada mahu menerima atau menolak permintaan anda itu.

Katakan pemandu yang paling terdekat dengan anda menolak permintaan anda itu, permintaan anda itu akan diberikan ke pemandu terdekat yang lain.

Secara umumnya, anda tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pemandu untuk menerima permintaan perjalanan anda itu, tetapi jika anda mempunyai penilaian (rating) sebagai penumpang yang rendah/buruk, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemandu untuk perjalanan anda itu.

#1. Cara Untuk Melihat Penilaian Penumpang Uber Anda

Pertama sekali, buka aplikasi Uber pada telefon anda dan kemudiannya klik pada butang menu di penjuru kiri sebelah atas skrin.

kredit : HTG

Dalam bar sisi yang muncul dari sebelah kiri, anda akan dapat melihat nama dan gambar profil anda di bahagian atas, betul tak? Dan jika anda perasan, di bawah nama anda itu, akan ada penilaian anda sebagai penumpang daripada para pemandu. Itulah penilaian penumpang anda, mudah kan?

Read More  Bagaimana Untuk Salin / Pindah (Copy / Transfer) Fail Ke iPad
kredit : HTG

#2. Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Yang Penumpang Yang Baik

Jika penilaian penumpang anda tidak sebaik yang anda sangkakan atau anda mahu mengekalkan penilaian lima bintang (cemerlang) yang anda dapat itu, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu ingat ketika menaiki Uber.

  • Jangan mengeluarkan apa-apa asap / bau / cecair atau apa-apa sahaja yang boleh meninggalkan kesan yang lama.
  • Begitu juga, jangan merokok atau minum semasa perjalanan.
  • Jangan muntah di dalam kereta (perkara yang agak penting).
  • Bersedia apabila Uber sudah tiba.
  • Jangan menjadi mengjengkelkan atau berperangai yang agak tidak sopan.
kredit : HTG

Kesemua perkara ini adalah antara perkara penting yang telah dibincangkan di Reddit. Kesimpulannya, anda tidak perlu menjadi seorang yang “teruk” dan amalkan sikap bertimbang rasa dan sopan sepanjang masa supaya anda mendapat penilaian penumpang yang baik.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...