10 Kemahiran Teknologi Yang Berkembang Pesat Pada Tahun 2017!

473

Teknologi berkembang dengan pesatnya dari semasa ke semasa dan disebabkan itu, pakar-pakar IT haruslah meningkatkan kemahiran mereka untuk kekal relevan di antara pesaing-pesaing mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dice, kemahiran yang dimahukan oleh majikan dalam bidang teknologi kebanyakkannya adalah kemahiran dalam pembinaan web, platform / infrastruktur dan juga proses pengurusan.

kredit : Tech Republic

Inilah 10 kemahiran teknologi yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun 2017 ini menurut Dice:

#1. Docker

Siapa saja yang tidak mengnali Docker? Ianya cukup dikenali di dalam bidang IT. Ianya platform terbuka berasaskan awan/cloud untuk pemaju membina, mencipta dan menjalankan sesuatu aplikasi untuk semua peranti pada bila-bila masa.

#2. React.js

Dengan pembinaan web yang semakin pesat akhir akhir ini, React.js juga berkembang dengan pesat. Banyak permintaan untuk React.js ini memandangkan kebanyakan laman web kini mementingkan UI dan mahukan penonton berinteraksi dengannya seperti Facebook dan Instagram.

#3. HTML

Meskipun HTML bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia merupakan perkara asas yang setiap laman web perlu ada dan permintaan untuk kemahiran ini dipercayai akan terus meningkat pada masa hadapan dan tidak akan merosot.

#4. Test-driven Development

Kebiasaannya syarikat-syarikat perisian yang menawarkan / mengeluarkan produk keluaran mereka tanpa bug adalah syarikat-syarikat yang paling diingini. Metodologi apa yang mereka gunakan tidak akan diambil kira selagi hasil akhir produk itu berfungsi dengan baik. Disebabkan itu, permintaan untuk test-driven development ini semakin meningkat.

#5. Network Attached Storage

Kini semakin banyak syarikat yang menggunakan “network attached storage”, ataupun “file-level computer data storage servers” ini yang mana ia disambungkan ke rangkaian komputer untuk sekelompok atau sekumpulan orang supaya mereka mendapat akses untuk sesuatu data.

Read More  Apa Itu eSIM, dan Bagaimana Ia Berbeza Daripada Kad SIM?

#6. Internet of Things

Selain itu, permintaan untuk IoT juga semakin meningkat kerana IoT semakin berkembang dari semasa ke semasa. Hal ini kerana ramai pengguna menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka dan juga berinteraksi dengannya. Oleh itu, permintaan untuk kemahiran di dalam bidang ini sangat diperlukan.

#7. Application Service Providers

Permintaan untuk application service providers (ASPs) juga semakin meningkat. Mereka menyediakan perkhidmatan berasaskan komputer kepada pelanggan melalui rangkaian dan permintaan terhadap ASP ini meningkat perisian kini semakin kompleks.

#8. Kanban

Oleh kerana banyak syarikat menggunakan agile methodology, para majikan memerlukan pekerja yang mahir dengan scrum, mahir dalam pembinaan produk dan pemaju produk dengan Kanban yang boleh bekerja dalam persekitaran yang cepat dan dalam berkumpulan.

#9. SAP HANA

SAP HANA adalah platform in-memory untuk SAP yang mengendalikan pemprosesan data dan juga tugas lain.

#10. Web API

Web API adalah framework yang dicipta untuk memudahkan pengguna membina perkhidmatan HTTP supaya ianya boleh digunakan oleh ramai pelanggan, browser dan juga peranti mudah alih.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...