Bagaimana Hendak Mencari Mesej Perbualan WhatsApp Yang Terdahulu?

735

Anda pernah cuba mencari sesuatu maklumat di dalam perbualan WhatsApp yang panjang berjela tu? Adakah anda menjumpainya? Kalau jumpa, syukurlah. Bagaimana pula jika anda tidak menjumpainya?

kredit : HTG

Anda tidak perlu khuatir dan risau. Anda boleh mencari sesuatu maklumat di dalam perbualan WhatsApp dengan mudah dan tidak sampai seminit pun! Ayuh ikuti cara-cara untuk melakukannya di bawah.

Sebelum itu, anda harus tahu bahawa terdapat dua cara atau kaedah yang anda boleh lakukan untuk mencari maklumat tersebut. Jadi anda boleh menggunakan mana-mana cara untuk melakukannya.

Pertama sekali, jika anda tidak pasti maklumat yang anda mahu cari itu berada di dalam perbualan dengan siapa, anda boleh meminta WhatsApp mencarinya untuk keseluruhan perbualan anda bersama semua rakan-rakan atau kumpulan anda.

Untuk melakukannya pada iPhone, hanya tarik dari atas ke bawah (seperti anda menarik shade notifikasi ke bawah) dan bar carian akan muncul. Masukkan ayat atau perkataan yang anda mahu WhatsApp cari dan dalam beberapa saat, Whatsapp akan menunjukkan hasilnya.

kredit : HTG

Contohnya kami memasukkan perkataan “Party”, dan dalam beberapa saat WhatsApp akan menunjukkan hasilnya di mana semua mesej yang mempunyai perkataan “Party” ditunjukkan. Anda boleh melihat contohnya seperti di dalam gambar di bawah.

kredit : HTG

Jika anda menggunakan Android pula, anda hanya perlu buka Whatsapp seperti biasa dan anda akan dapati terdapat ikon kanta pembesar di bahagian atas. Klik padanya dan masukkan ayat atau perkataan yang anda mahu WhatsApp cari. Mudah kan?

Pencarian untuk keseluruhan ini sesuai jika anda tidak tahu maklumat yang anda mahu itu berada di dalam perbualan dengan siapa, tetapi jika anda tahu maklumat itu berada di dalam perbualan dengan siapa, anda boleh mencarinya dengan lebih mudah!

Read More  WhatsApp Akan Dihapuskan Pada Blackberry OS Dan Windows Phone Sebelum Tahun 2018!

Untuk melakukannya, buka perbualan dengan orang yang anda mahu cari maklumat di situ. Kemudian, jika anda menggunakan iPhone, klik pada nama kenalan anda itu di bahagian atas perbualan.

Sebagai contohnya, kami akan mengklik pada nama Justin Pot seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah. Setelah itu, klik pada entri “Chat Search”.

kredit : HTG
kredit : HTG

Jika anda menggunakan Android pula, klik pada tiga titik di bahagian atas dan kemudiannya pilih “Search”.

kredit : HTG
kredit : HTG

Sekarang, masukkan apa-apa sahaja ayat/perkataan/maklumat yang anda mahu cari itu. WhatsApp akan memberitahu anda berapa kali ia muncul.

kredit : HTG

Seperti contoh di atas, di dalam perbualan kami dengan Justin, perkataan “Birthday” telah digunakan sebanyak tiga kali. Anda boleh menggunakan anak panah ke atas dan ke bawah (di bahagian bawah) untuk mencari di mana maklumat yang anda mahu itu berada. Ia akan menunjukkan anda keseluruhan ayat yang menggunakan perkataan itu. Mudah kan? Selamat mencuba!

 Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...