Bagaimana Hendak Memastikan iPhone Anda Lebih Selamat Apabila Dikunci?

353

Anda mungkin menyangka dengan mengunci telefon anda, orang luar tidak akan mengetahui maklumat peribadi anda, betul tak? Sebenarnya anda salah!

kredit : HTG

Tanpa perlu memasukkan kata laluan, orang luar ini boleh menceroboh maklumat peribadi anda.

Mereka boleh:

  • Lihat “Today View” anda dengan semua “Widget” anda.
  • Lihat notifikasi terkini anda.
  • Gunakan “Control Center”.
  • Gunakan “Siri” untuk membuat panggilan telefon, tetapkan penggera, melakukan pencarian web, dan segala-galanya yang tidak memerlukan anda untuk membuka kunci telefon anda.
  • Balas Mesej.
  • Kawal “smart home” anda.
  • Cuba gunakan Apple Wallet (walaupun mereka tidak akan dapat membuat pembelian).
  • Lihat “Missed Calls”.
  • Mengambil gambar.

Cuba anda fikirkan, meskipun mereka tidak boleh melihat galeri foto anda atau mesej teks anda, mereka masih boleh melakukan banyak perkara dengan telefon anda. Menakutkan, betul tak?

Sekiranya anda ingin memastikan telefon anda selamat apabila ia dikunci, lakukan perkara berikut.

Pergi ke “Settings” > “Touch ID & Passcode” dan masukkan kod laluan anda. (Pada iPhone X, ia akan menjadi “Settings” > “Face ID & Passcode”, manakala iPhone yang lebih lama pula ia akan menjadi Settings” > “Passcode”).

kredit : HTG
kredit : HTG

Tatal ke bawah pada “Allow Access When Locked”. Secara default, semuanya akan dihidupkan (turn on). Anda hanya perlu mematikannya pada mana-mana item yang anda mahu. Namun ada satu item yang anda tidak boleh matikannya, iaitu akses ke aplikasi kamera.  Akses kepada kamera itu akan sentiasa tersedia pada lock screen anda jika anda meleret ke kiri.

kredit : HTG
kredit : HTG

Sekiranya anda mahu melakukan sesuatu yang lebih mendalam dan spesifik seperti mahu mengubah pratonton untuk motifikasi pada lock screen anda, anda boleh melakukannya juga. Selain itu, jika anda mahu Siri tersedia tetapi tidak mahu sesiapa melakukan panggilan telefon melaluinya, anda boleh kekalkan Siri tetapi mematikan fungsi Voice Dial.

Read More  Bagaimana 10 Warna Ini Mampu Mempengaruhi Jualan Anda
Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...