7 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendapat Permintaan Tinggi Pada Tahun 2018

615

Pembangunan perisian adalah salah satu bidang yang dinamik di mana bahasa pengaturcaraan yang baru, frameworks dan juga teknologi mungkin akan bertahan atau lenyap dalam beberapa tahun yang akan datang.

Oleh itu, pemaju perlu sentiasa mempelajari kemahiran baru untuk memastikan mereka terus relevan dari semasa ke semasa. Berikut adalah 7 bahasa pengaturcaraan yang mendapat permintaan tinggi pada tahun 2018:

#1. Java

Permintaan terhadap Java sedikit menurun jika kita dapat lihat dalam peluang pekerjaan untuk tahun 2018 berbanding tahun 2017. Walaubagaimanapun, ianya masih kekal sebagai salah satu bahasa pengaturcaraan yang kukuh dan mantap, dan digunakan oleh berjuta-juta pemaju dan berbilion peranti di seluruh dunia.

Selain itu, semua aplikasi Android yang berasaskan Java dan 90% daripada syarikat masih menggunakan Java sebagai bahasa server-side untuk pembangunan backend.

#2. Python

Python berkembang dengan popular sejak tahun lepas. Permintaan untuk pekerjaan menggunakan Phyton juga meningkat dengan kira-kira 5000 permintaan untuk tahun 2018.

Phython kebiasaannya digunakan dalam pengkomputeran saintifik, perlombongan data dan juga pembelajaran mesin. Permintaan untuk pembelajaran mesin inilah yang mendorong kepada popularitinya.

#3. JavaScript

JavaScript masih kekal popular pada tahun ini sepertimana tahun lepas, dan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia digunakan oleh lebih daripada 80% pemaju dan juga 95% daripada semua laman web yang menggunakan logik dinamik pada laman web mereka.

Beberapa framework front-end untuk JavaScript seperti React dan AngularJS mempunyai potensi untuk masa depan yang cerah disebabkan oleh IoT dan juga peranti mudah alih yang semakin canggih, jadi peluang untuk ia lenyap atau tidak digunakan masih tipis buat masa sekarang.

#4. C++

Seperti JavaScript, C ++ juga kekal popular seperti pada awal tahun 2017. Bahasa ini biasanya digunakan untuk perisian sistem atau aplikasi, pembangunan game, pemacu, aplikasi client-server dan juga embedded firmware.

Walaupun banyak pengaturcara mendapati C ++ menjadi semakin kompleks untuk belajar dan menggunakannya berbanding Python dan juga JavaScript, ia masih digunakan dalam sistem untuk kebayakan perusahaan.

Read More  Inilah Senarai Storan Awan (Cloud Storage) Yang Percuma!

#5. C#

Permintaan untuk C# agak menurun untuk tahun ini. Bahasa object-oriented daripada Microsoft yang menjalankan platform .NET ini banyak digunakan dalam pembangunan video game. C# 7.2 yang telah keluar pada November 2017 lalu telah ditambah beberapa ciri untuk mengelakkan penyalinan yang tidak penting dan tidak diperlukan.

#6. PHP

Permintaan untuk PHP telah meningkat daripada tangga ke-9 sebelum ini ke tangga ke-6 pada tahun ini. Kebanyakan pemaju menggunakan bahasa skrip ini untuk menambah fungsi yang mana HTML tidak boleh mengendalikannya atau untuk beriteraksi dengan database MySQL.

#7. Perl

Walaupun permintaan untuk Perl agak menurun di mana hanya kira-kira 3000 sahaja permintaan kerja untuk Perl pada tahun 2018, namun ia masih kekal dalam senarai untuk bahasa pengaturcaraan yang mendapat permintaan tinggi. Perl masih kekal popular dalam pembinaan sistem dan juga network administrator yang mana ia berfungsi sebagai ‘glue language’.

kredit : Google

Bahasa-bahasa pengaturcaraan lain yang tidak tersenarai dalam senarai ini masih banyak digunakan dan masih popular. Ini termasuklah Swift (yang berkembang dengan pesat sejak ia dilancarkan), R (yang dijangka akan berkembang) dan juga Rust (berkembang dengan baik menurut data dari Google Trends).

Selain itu, teknologi-teknologi lain di luar bidang bahasa pengaturcaraan juga mendapat permintaan yang tinggi termasuklah SQL, .NET, Node.js dan MEAN.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...