Inilah Cara Cepat Untuk Kongsikan Lokasi Anda Dalam Mesej Teks Di Android!

1,200

Cuba lihat situasi ini. Katakan kereta anda rosak dan anda tidak tahu di mana anda berada. Anda mungkin akan telefon sesiapa yang anda kenal untuk meminta tolong tetapi anda sendiri tidak pasti lokasi sebenar anda. Hah, dengar macam agak rumit kan?

Jangan risau, anda boleh menghantar lokasi anda dengan cepat menggunakan mesej teks yang disambungkan dengan Google Maps. Ia akan menghantar lokasi sebenar anda dengan hanya satu mesej. Mudah kan?

kredit : HTG

Ini adalah ciri yang sangat menarik yang boleh didapati dalam aplikasi Google Messages. Jika anda menggunakan peranti Nexus atau Pixel, aplikasi ini sudah terbina di dalam peranti anda itu.

Tetapi jika anda tidak menggunakan peranti ini, jangan risau anda boleh memuat turun aplikasi ini iaitu Android Messages daripada Google Play Store pada mana-mana peranti Android anda. Jadi tunggu apa lagi, cepat la memuat turunnya jika anda belum mempunyainya.

Pertama sekali, kami ingin menjelaskan yang ini bukanlah satu-satunya cara untuk menghantar lokasi semasa anda menggunakan mesej teks. Anda boleh menghantar terus lokasi anda daripada Google Maps (melalui contact list) dan banyak lagi cara tetapi itu semua terserah pada anda. Gunalah mana-mana cara yang anda suka.

Baiklah, berbalik kepada tajuk utama, untuk mengongsikan lokasi anda menggunakan mesej teks, pertama sekali buka aplikasi Android Messages. Jika anda baru sahaja memasangnya (installed), anda perlu menetapkan aplikasi ini sebagai aplikasi SMS/MMS default anda.

kredit : HTG

Untuk pengetahuan anda, Android hanya membenarkan satu aplikasi sahaja yang berfungsi pada satu-satu masa untuk menghantar SMS/MMS ini, oleh itu anda harus menetapkankannya sebagai aplikasi default anda.

kredit : HTG

Sebaik sahaja anda sudah menetapkannya, teruskan sahaja dan buka mesej. Klik pada butang tambah (+) di bahagian kiri mesej.

Read More  Cara Untuk Pin Perbualan WhatsApp Yang Penting Di Atas Senarai Bual Anda!
kredit : HTG

Kemudian, pilih ikon seperti pin di dalam senarai yang muncul seperti yang tertera pada rajah di bawah.

kredit : HTG

Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan ciri ini, anda perlu memberikan kebenaran lokasi untuk aplikasi tersebut. Ia akan segera mengemas kini lokasi anda dan mungkin akan mengambil masa dalam beberapa saat sahaja.

kredit : HTG

Klik pada “Select this location” untuk menambahkan lokasi anda pada mesej. Jika anda rasa lokasi yang ditunjukkannya adalah salah, anda juga boleh swipe ia dan ia akan menunjukkan senarai lokasi yang berdekatan dengan anda.

kredit : HTG
kredit : HTG

Plih sahaja lokasi yang anda mahu dan anda boleh tambahkan teks bersama-sama lokasi tersebut sekiranya anda mahu.

kredit : HTG

Kemudian, hantar sahaja mesej tersebut. Mudah kan? Sebaik sahaja mesej anda dihantar, dalam beberapa saat orang lain akan tahu di mana anda berada, apa yang berlaku, dan bagaimana untuk mencari anda.

Apabila mereka (penerima) mengklik pada pautan yang disertakan, ia akan membuka lokasi teresebut secara automatik dalam Google Maps Navigation. Hebat kan?

kredit : HTG

Jujurnya, meskipun anda tidak mahu menggunakan Android Messages sebagai aplikasi teks default anda, sekurang-kurangnya anda perlu memasang ia supaya anda boleh menggunakannya dalam situasi kecemasan seperti ini. Ianya sangat berguna untuk situasi-situasi seperti ini!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...